BOIKOT PRK PORT DICKSON UMPAMA MELAKUKAN KEMUDARATAN KECIL BAGI MENGELAKKAN KEMUDARATAN YANG LEBIH BESAR


Dato’ Lokman Noor Bin Adam

Saya antara yg lantang cadang UMNO tanding dan letak Tok Mat Hassan sebagai calon di PRK POrt Dickson. Namun, selepas perbincangan yang panjang lebar dalam MT UMNO dan bila melihat keadaan PKR sekarang, dari segi strateginya UMNO kena bagi Anwar oxigen dengan membiarkan dia menang. Sekarang di Penang pun Azmin telah memenangi pemilihan Timbalan Presiden berbanding calon Anwar, Rafizi Ramli. Ini bermakna qhli PKR pun sudah tidak mendengar cakap Anwar.

Situasi sekarang dalam PKR, 25 MP sahaja yang masih dengan Anwar, 24 MP lagi dengan Azmin. Agak-agak kalau Anwar kalah PRK ini, berapa MP dari 24 baki MP yang pro Anwar akan masih sokong Anwar? Silap haribulan hanya Nurul Izzah dan Wan Azizah serta mungkin satu dua lagi sahaja yang tinggal. Kalau 40 org dari 49 MP PKR dibawa lari oleh Azmin join Mahathir, dia dah ada 53 + 5 katak dari BN, Bersatu akan memiliki 58 kerusi. Mahathir tiba-tiba akan jadi parti yang punyai kerusi paling banyak di Parlimen. Kalau ini berlaku, tunggulah lagi 5 tahun baru kita boleh tumbangkan Regim zalim Mahathir DAP.

Tetapi kalau Anwar menang, dgn 25 MP sokong beliau, Anwar akan punyai 3 pilihan :

1) Dia tarik 25 MP yang sokong dia untuk bentuk kerajaan dgn UMNO dan PAS. Jika PAS tidak boleh terima Anwar jadi PM, maka Anwar kena letak proksi yang beliau paling percaya.

2) Anwar tidak berkerjasama dgn mana-mana parti. Dia tarik sokongan 25 MP PKR supaya tidak menyokong Mahathir sebagai PM, Mahathir tinggal 102 kerusi, kerajaan digantung dan pru perlu diadakan semula.

3)Anwar kekal sokong Mahathir dalam Pakatan Harapan, biarkan Mahathir mengayakan lagi anak-anak dan kroninya sepertimana Opcom dikayakan oleh Telekom Malaysia, Petron dikayakan dengan pembekalan petrol kepada kerajaan dan Ting Phek Khiing dikayakan dengan projek Langkawi City.  Bila rakyat marah, bukan takat Mahathir, dengan Anwar sekali Rakyat akan tolak.

Adakalanya, kita perlu kalah dalam satu pertempuran, bagi memenangi satu perperangan.

Presiden
Pemantau Malaysia Baru

 



Comments
Loading...