Beri RM50, bawa 500 pengundi


(Sinar Harian) – Calon Bebas PRK Port Dickson, Lau Seck Yan mendedahkan terdapat beberapa individu meminta wang daripadanya sebagai balasan untuk mengundinya.

Menurutnya, dia berasa sedih melihat situasi tersebut dan tertanya-tanya adakah masyarakat masih belum sedar kepentingan pilihan raya kepada mereka dan negara.

“Apakah selama ini memang berlaku perkara seperti ini? Bila dia tanya seperti itu, saya hanya diam, senyum dan terus berlalu.

Tambahnya, situasi sebegitu tidak terhenti di situ kerana ketika di Teluk Kemang, ada penduduk bertanya berapakah wang mereka boleh dapat jika mengundinya.

“Ketika itu di pasar, ada orang tanya kalau undi saya, berapa saya boleh beri, RM150 boleh ke? Saya tak tahu nak jawab apa.

“Mungkin ada rasa dia bergurau tapi saya tak nampak macam bergurau pun. Jadi sekali lagi saya buat tak dengar tapi sejujurnya memang kecewalah bila ada yang kata begitu.

“Moral kita harus diperbaiki. Apabila saya berjaya nanti, saya akan tekankan untuk tingkatkan moral masyarakat,” ujarnya.



Comments
Loading...