HISBAH TUNTUT PENJELASAN TPM DS AZIZAH DAN SUAMINYA DS ANWAR IBRAHIM


1. Kira-kira 48 jam yang lalu Hisbah telah menarik perhatian umum khususnya TPM DS Azizah dan suaminya DS Anwar terhadap laporan yang diterima dan juga sebahagiannya sudah tular dimedia sosial tentang penggunaaan asst2 ahli perniagaan (tycoon) oleh DS Anwar Ibrahim.

2. Pada hemat Hisbah sekiranya benar ianya adalah perlanggaran kepada prinsip moral yang tidak membenarkan ahli2 keluarga pemimpin kerajaan membiarkan diri mereka terdedah kepada pertindihan kepentingan ( conflict of interest ) di antara pejabat kerajaan dan kepentingan perniagan syarikat2 tertentu.

3. Apatah lagi laporan yang diterima membabitkan antaranya aset kepunyaan hartawan yang terlibat dengan aktiviti pembalakan dan perjudian.Malah salah seorang mereka di denda di Serawak tahun lalu atas kesalahan aktiviti judi haram.

4. Penjelasan juga perlu apabila ada laporan memperlihatkan dengan bukti jelas banglo kepunyaan seorang tycoon di kawasan perumahan mewah dengan kadar sewaan semasa lebih 50 ribu ringgit atau pembelian lebih 20 juta ringgit telah dijadikan pejabat peribadi kepada Dato Seri Anwar Ibrahim semenjak DS Wan Azizah menjadi TPM.

5. Hisbah menuntut penjelasan segera daripada Timbalan Perdana Menteri atau suaminya yang juga telah mengisytiharkan dirinya sebagai bakal PM ke 8  didalam kempen PRK PD yang sedang berlangsung sekarang untuk mempastikan kerajaan hari ini dan akan datang tidak mengulangi kesalahan yang sama didalam pentadbiran sebelum ini yang kita semua sudah sedia maklum akibat buruknya kepada rakyat dan negara.

Mohamad Ezam Mohd Nor
Pengerusi Hisbah

 



Comments
Loading...