Jawatankuasa Kuil Seafield Menyalahkan Sultan Selangor kerana berlakunya konflik
“Kami telah menghantar memorandum kepada Sultan Selangor. Tetapi tiada apa-apa. Itu sebabnya mereka mengambil keputusan untuk menjaga keselamatan kuil,”kata Ramaji.
Malaysia Today
Selepas rusuhan berlaku selama dua hari, penganut dari kuil Sri Maha Mariamman Devasthanam di USJ 25 berharap sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad atau Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah akan campur tangan untuk mengelakkan berlakunya pertumpahan darah.
Setiausahanya VK Regu berkata, keganasan dalam dua hari yang lepas adalah disebabkan oleh pertikaian 20 tahun yang tidak dapat diselesaikan di atas tanah di mana kuil Hindu dibina, walaupun keputusan Mahkamah Tinggi 2014 membenarkan penghakiman di mana jawatankuasa kuil bersetuju untuk mengalihkan tempat ibadat ke tanah yang lain.
“Kami mahukan pemimpin yang boleh membuat keputusan. Jika perdana menteri dalam kerajaan sekarang ini boleh membuat keputusan, biarlah dia membuat keputusan untuk mendapatkan keadilan,”kata Regu pada sidang akhbar petang ini.Rusuhan ini telah menglibatkan penangkapan yang ramai,kecederaan termasuklah ahli bomba yang sekarangnya berada di ICU dan kemusnahan beberapa kenderaan.
Regu mendakwa kumpulannya tidak bersetuju dengan keputusan mahkamah dan tidak ada orang yang “layak” untuk mewakili jawatankuasa kuil yang berkaitan dengan pemilikan tanah, dimana ianya telah dijual oleh kerajaan negeri kepada pemaju hartanah One City Development Sdn Bhd.
“Perkara ini telah berterusan selama 20 tahun dan mereka tidak melantik seorang pun yang layak untuk membuat keputusan. Menteri besar pun tidak boleh membuat keputusan,” katanya.
Beliau menambah,kumpulannya juga tidak percaya kepada polis,mereka lambat untuk bertindak balas terhadap rusuhan yang berlaku pada isnin yang lepas.Dia juga menyatakan bahawa tindak balas yang lambat dari penguatkuasa telah membahayakan nyawa penganut-penganut kuil tersebut.
Datuk A. Chandrakumanan, adalah salah seorang jawatankuasa petugas khas kuil, berkata mereka telah menghantar permintaan berkali-kali kepada Sultan Selangor untuk beliau campur tangan dalam hal pertikaian tanah ini, sama seperti bagaimana Sultan Selangor mengeluarkan perintah mengenai penghapusan papan tanda dwibahasa di Shah Alam.
“Ini adalah isu agama, dan dia sebagai orang paling penting di Selangor, dia boleh campur tangan dan membantu kami. Itulah sebabnya kami hantar permohonan kepada Sultan,” kata Chandrakumanan.
Ketua “pasukan tugas khas” S. Ramaji berkata kumpulannya mengambil keputusan di tangan sendiri demi menjaga kuil tersebut setelah tidak menerima respon dari istana dan komunikasi yang terakhir mereka pada Jumaat lalu.
“Kami telah menghantar memorandum kepada Sultan Selangor. Tetapi tiada apa-apa. Itu sebabnya mereka mengambil keputusan untuk menjaga keselamatan kuil,” kata Ramaji.
“Ia tidak pernah berlaku dalam sejarah bahawa Sultan perlu campur tangan untuk menjaga rakyat. Saya tidak tahu sama ada kali ini Sultan akan masuk campur untuk melindungi kita,” kata Regu.