Anti-ICERD yang sebenar ialah Melayu lawan Cina


Maklum balas kaum Cina terhadap perhimpunan anti-ICERD membuktikan bahawa perpecahan antara kaum Melayu dan Cina adalah kekal dan ianya tidak boleh diperbaiki. Malah orang Melayu dan Cina tidak lagi menapis atau mengawal komen mereka macam dahulu kala. Sekarang, kedua belah pihak sangat terbuka dan lantang bersuara tentang kebencian mereka terhadap satu sama lain.

Raja Petra Kamarudin

Berdasarkan komen di media social, WhatsApp, WeChat dan lain-lain, kelihatan bahawa perhimpunan anti-ICERD pada 8 Disember 2018 telah berubah menjadi Melayu lawan Cina.

Komen dari kaum Cina ini jelas menunjukkan bahawa mereka menentang perhimpunan anti-ICERD. Mereka juga mengatakan bahawa perhimpunan ini dianjurkan oleh pihak pelampau Melayu-Muslim, supremacists, racists dan pencuri. Mereka juga mempertikaikan kehadiran (di mana FMT menggangarkan hanya 30,000 dan Malaysiakini 80,000) dan berkata gambar dan video perhimpunan itu telah diubah suai  dan diambil dari pehimpunan di Indonesia.

Maklum balas kaum cina terhadap perhimpunan anti-ICERD membuktikan bahawa perpecahan antara kaum Melayu dan Cina adalah kekal dan ianya tidak boleh diperbaiki. Malah orang Melayu dan Cina tidak lagi menapis atau mengawal komen mereka macam dahulu kala. Sekarang, kedua belah pihak sangat terbuka dan lantang bersuara tentang kebencian mereka terhadap satu sama lain.

https://www.youtube.com/watch?v=85QUAExySXo

 



Comments
Loading...