Isu Video tersebar: Anwar harus berhenti perangai lama dan belajar dari kesilapan


Kenyataan Ketua Bahagian PPBM N.Tebal

Rakyat perlukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) diberi ruang untuk mentadbir urus negara akibat kewangan negara yang tenat sejak pengambilalihan dari kerajaan BN yang lalu selepas PRU ke 14. Tetapi kita dikejutkan lagi dengan fitnah atau isu terbaru dakwaan video tuduhan Adrielle Iman yang melibatkan pimpinan utama PH.

Amat terkejut dengan video terbaru anwar yang tersebar di media sosial. Selaku pimpinan Bersatu di peringkat bawahan, minta Anwar berhati hati selaku bakal PM dia bukan sahaja harus belajar kesilapan lalu dan jangan sesekali mengulanginya atau membuka ruang fitnah.

Terkejut dan amat kesal bagaimana budak muda yang terpalit imej negatif boleh mendapat ruang rapat dengan Anwar.

Selaku pimpinan Bersatu di Nibong Tebal, saya amat yakin Tun Dr Mahathir Mohamad sangat matang dan bijak mengendalikan perkara seperti ini.

Diharapkan agenda rakyat lebih di tumpukan daripada isu-isu seperti ini yang amat merugikan dan amat tidak membawa faedah kepada rakyat

Norfahmee B Mohd Noor
Pemangku Ketua Bhgn Bersatu Nibong Tebal

 



Comments
Loading...