Perutusan Adinda kepada Kanda


Raja Sara Petra

Kanda, dengan rasa penuh sedih dan rendah hati, Adinda terpaksa hantar perutusan ini kepada Kanda. Adinda rasa Kanda telah terjatuh dari landasan dan sesat jalan. Kanda perlu di bawa ke pangkuan jalan dan kembali kepada perjuangan yang mulia dan murni yang tidak lagi dihayati oleh Kanda.

Kanda, izinkan Adinda mengingatkan Kanda bahawa Ayahanda Kanda telah menjadi ahli PAS pada tahun 1951 apabila parti itu ditubuhkan, iaitu 13 tahun sebelum Kanda dilahirkan, dan juga Ayahanda Kanda telah menjadi Presiden PAS pada tahun 1983. Selama 49 tahun, Ayahanda Kanda tidak sekali belot dari parti macam Kanda telah lakukan semata-mata kerana balasan duniawi ini. Kini, dengan tingkah laku Kanda sedemikian, apa agak Ayahanda Kanda akan kata sekiranya arwah masih hidup?

Ayahanda Kanda mengutamakan perjuangan demi Islam dan dia tidak pernah digadaikannya demi balasan duniawi seperti apa yang Kanda lakukan sekarang. Ayahanda Kanda telah menjadi duta ke Afghanistan, Turkey dan Iran, negara-negara Islam yang gulungan kafir menganggap sebagai musuh barat dan negara-negara yang DAP anggap sebagai negara pariah.

RUU355, yang ditentang DAP itu, adalah usaha arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada tahun 1993 dan telah mendapat sokongan arwah Ayahanda Kanda. Adakah Kanda juga sokong pendirian DAP yang menentang RUU355? DAP bukan saja menentang RUU355 tapi juga menentang Hudud dan Negara Islam dan meyokong negara sekular dimana agama tidak memain peranan langsung didalam pentadbiran negara.

Ini adalah satu pendirian yang amat mengelirukan kerana pendirian sebegini biasanya pendirian orang munafiq. Bagaimana kita boleh mengaku diri kita Islam tetapi tolak Islam sebagai panduan hidup dan pentadbiran negara? Bukan ke ini membawa kita kepada jalan yang murtad?

Kanda, Adinda merayu kepada Kanda untuk bertaubat dan memohon ampun kepada Allah sebelum Kanda menemui ajal. Nyawa Kanda kini sudah sampai di kerongkong. Janganlah Kanda mati sebagai seorang yang telah murtad dan terkeluar dari Islam. Ia bukan sahaja akan memalukan keluarga Kanda tetapi juga akan mencemari pusaka Ayahanda Kanda yang pada satu ketika dahulu dilihat sebagai mujahideen yang memperjuang Islam dan lebih rela menolak duniawi demi untuk balasan akhirat kelak.

Kanda, dunia ini hanya sementara sahaja, tetapi akhirat adalah selama-lamanya. Jadi perlulah Kanda memahami apa yang harus menjadi keutamaan hidup kita. Dukacitanya, kiblat Kanda kini adalah Syaitan dan bukan Nabi Muhammad SAW. Kanda telah jauh terpesong dari landasan orang yang boleh dipanggil sebagai ahli Al-Qur’an dan Al- Sunnah.

 



Comments
Loading...