Melayu jangan takut untuk menjadi kurang ajar


Sudah sampai masanya untuk Melayu bangun dan jangan lagi takut untuk bersikap kurang ajar. Lebih dari 500 tahun Melayu telah dijajah, dihina dan menjadi hamba di negara mereka sendiri. Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah diri mereka sendiri.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Melayu jangan takut untuk menjadi kurang ajar. Itulah yang telah diperkatakan oleh bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, di dalam ucapan beliau di Kuala Nerus, Terengganu, lebih kurang 35 tahun dahulu.

Melayu jangan takut kurang ajar, kata Tun Musa Hitam 

Pada masa yang sama, Tun Dr Mahathir Mohamad juga telah melancarkan kempen yang dipanggil Semarak untuk mecabar dan memalukan Raja-Raja Melayu. DYMM Sultan Selangor, Sultan Pahang, Sultan Kedah, Sultan Kelantan dan Sultan Johor telah dituduh dengan berbagai salahlaku, kebanyakannya rekaan dan fitnah semata-mata.

Hari ini, 30 tahun kemudiannya, kempen anti-Raja sudah kembali. Kempen menghina Islam dan memperkecilkan orang Melayu juga turut dilancarkan. Sesetengah rakyat sudah tidak takut untuk bersikap kurang ajar terhadap Raja-Raja, Islam dan orang Melayu.

Sudah sampai masanya untuk orang Melayu ikut panduan Musa Hitam dan jangan takut untuk menjadi kurang ajar demi mempertahankan maruah Raja-Raja Melayu, Islam dan bangsa Melayu. Melayu khususnya, lebih dari 500 tahun telah dijajah, dihina dan menjadi hamba di negara mereka sendiri.

Tidak akan dipanggil perjuangan sekiranya tidak ada pengorbanan. Ini telah diterangkan di dalam Al-Qur’an (13:11): “Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah diri mereka.” (Indeed, Allah will not change the condition of a people until they change what is in themselves.)

Cina mahu Malaysian Malaysia mengganti Persekutuan Tanah Melayu

https://youtu.be/qF66xHNgmHc

 



Comments
Loading...