Perjumpaan Mahathir dengan Tuanku Sultan Johor
DYMM Sultan Ibrahim dijangka mengganti Tuanku Sultan Kelantan, DYMM Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra, sebagai Yang di-Pertuan Agong. Oleh kerana itu Mahathir perlu ‘make peace’ dengan Tuanku Sultan terlebih dahulu.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Pada hari Khamis, 10 January 2019, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadap Tuanku Sultan Johor, DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj, di Istana Bukit Serene di Johor Bahru.
Perjumpaan itu telah di atur oleh ‘orang kuat’ Umno Pasir Gudang, Yahya Jalil, yang juga terlibat dengan projek Jambatan Bengkok, satu projek yang bernila lebih dari RM1 billion.
Orang kuat Umno Pasir Gudang Yahya Jalil yang telah mangatur perjumpaan diantara Mahathir dan Tuanku Sultan Johor
DYMM Sultan Ibrahim dijangka mengganti Tuanku Sultan Kelantan, DYMM Sultan Muhammad V ibni Sultan Ismail Petra, sebagai Yang di-Pertuan Agong. Oleh kerana itu Mahathir perlu ‘make peace’ dengan Tuanku Sultan terlebih dahulu.
Sebelum Mahathir mengadap Tuanku, pengumuman telah pun dibuat yang bakal pengganti DYMM Yang di-Pertuan Agong ialah Tuanku Sultan Pahang dan bukannya Tuanku Sultan Johor. Disebabkan perjumpaan ini telah pun diatur, suka atau pun tidak, Mahathir terpaksa teruskan juga perjumpaannya dengan Tuanku Sultan Johor.
Akan tetapi misi perjumpaan Mahathir dengan Tuanku sudah bertukar. Misi Mahathir bukan lagi untuk membodek Tuanku untuk mencapai kata sepakat lagi. Misi yang baru Mahathir berjumpa dengan Tuanku Sultan Johor ialah untuk melepaskan kemarahan yang dipendamnya selama 35 tahun.
Yahya Jalil telah menjadi jutawan melalui projek Jambatan Bengkok
Di dalam pertemuan ini, Mahathir memarahi Tuanku dan menyalahkan Tuanku atas kekalahan Umno Johor pada PRU 14 yang lepas. Mahathir menuduh Istana Johor sering campur tangan dengan urusan pentadbiran kerajaan. Bukan sahaja campur tangan, malah lantang mengkritik dan menghentam kerajaan di media sosial. Penglibatan Tuanku didalam projek Forest City juga adalah punca tumpasnya Umno di Johor kerana ada unsur salah guna kuasa.
Mahathir mengatakan yang Johor merupakan kubu kuat Umno, sebagaimana Pulau Pinang menjadi kubu kuat DAP. Ianya amat mustahil untuk Umno tewas di Johor. Tetapi, disebabkan Istana Johor, rakyat sudah mula marah dan meluat dan menggulingkan Umno di Johor.
Perjumpaan diantara Mahathir dan Tuanku Sultan Johor bertukar wajar apabila disahkan yang Johor tidak akan mengambil alih dari Kelantan sebagai Yang di-Pertuan Agong
Tuanku Sultan Johor sekarang sudah murka dengan Mahathir. Tuanku sedar bahawa Mahathir sudah mempermainkannya.
Mahathir sudah 35 tahun berdendam dengan Istana Johor semenjak tahun 80an lagi. Mahathir akhirnya tidak dapat menahan persasaannya dan telah melepaskan geram yang dipendam selama 35 tahun terhadap Istana Johor. Bagi Mahathir, dia tidak lagi memerlukan Tuanku Sultan Johor kerana yang bakal menjadi Agong adalah Tuanku Sultan Pahang.