Ucapan MB Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob, dalam sidang DUN


Masjid mempunyai dana. Sesetengahnya masjid mempunyai dana yang sangat besar sehingga lebih 20 ribu sebulan hasil derma orang ramai. Setiap Jumaat, masjid yang besar-besar perolehi jumlah kutipan derma mencecah ribuan ringgit.

Menteri Besar Kelantan, Dato’ Ahmad Yakob, mencadangkan agar masjid menyimpan 10% sebulan dari derma orang ramai untuk membeli makanan asas seperti beras, sardin, susu budak, gula dan pampers. Jadi penduduk setempat yang kesempitan duit untuk beli makanan asas, boleh ambil di masjid.

Jangan rumitkan prosedur katanya. Jangan tengok gaji dan kerja. Bagi saja. Miskin di bandar ni lain dugaannya. Tidak semestinya orang pakai kereta, duduk rumah sewa, mereka ada duit. Sedangkan beras di dapur telah lama habis. Maka peninglah ketua keluarga memikirkan dengan siapa pula perlu dipinjam. Sedang hutang sudah keliling pinggang.

Orang yang terdesak ini, mereka tidak akan tamak. Mereka akan ambil cukup-cukup untuk kegunaan keluarganya sahaja. Kalau mereka lega, mereka tidak akan beratur untuk ambil bantuan lagi.

Malahan, jika dilaksanakan, ini akan membuat orang akan ramai berasa malu. Yang jarang ke masjid akan mula untuk mendekati masjid. Ini juga adalah cara yang indah untuk berdakwah. Bukan dengan sindiran yang membuat orang lagi menjauhi masjid.

Sesetengah masjid sampai tidak tahu hendak buat apa dengan dana. Maka ditukar pagar baru, dibaharui tandas-tandas, ditukar karpet baru, di upah penceramah luar yang bayarannya hingga beribu. Sedang asnaf, rumahnya hanya di depan pagar masjid. Dan mereka beras secupak di dapur masih berhutang dengan kedai runcit.

Tidakkah AJK masjid membuka mata? Perkara ini cukup mudah, ianya memberi manfaat kepada ramai orang.

Dato’ Ahmad Yaakob juga berkata, mengapa tidak mencontohi gereja? mereka begitu mudah menyalur bantuan tanpa mengira bangsa dan agama. Hanya tinggalkan nama dan no talifon dan ambil duit dalam kotak, tidak kisah berapa banyak jumlahnya. Pekerjaannya tidak ditanya dan mengapa mengambil bantuan pun tidak ditanya. Keesokan harinya pihak gereja akan hubungi dan menanyakan tentang kehidupan pengambil bantuan itu. Samada mereka masih sempit atau sudah lega. Kalau sempit dijemput ke gereja untuk ambil dana lagi. Mudah sahaja. Jangan pelik kalau ada yang murtad. Itu adalah salah satu puncanya.

Jika masjid itu dananya hanya cukup-cukup untuk bayar bil api dan air sahaja, tidak mengapa. Ini berkaitan dengan masjid yang kaya raya.

Beliau sungguh kecewa melihat masjid yang gah-gah, tapi asnaf berada di depan mata. Mereka rela membayar upah penceramah ternama sedang ahli kariah berlapar dahaga.

Beliau memohon agar cadangannya ini dibuat pada setiap kampung agar orang fakir merasa diri mereka dibantu dan masjid akan makin didekati.

 



Comments
Loading...