Apabila DAP menentukan dasar Islam
DAP sudah melampaui batas. Yang lebih hairan sekali adalah orang Islam sendiri yang setuju dengan dasar dan tindakan DAP ini. Mereka bersetuju dengan orang kafir yang akan menentukan apa orang Islam boleh buat dan tidak boleh buat. Demi politik, agama digadai. Ini yang dipanggil Melayu, bangsa yang tidak ada pendirian dan mudah dirasuah.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Time to move on as there’s no Pakatan, says DAP party adviser Lim Kit Siang
(The Straits Times, 16 Jun 2015) — The Democratic Action Party’s (DAP) made its decision to announce that the opposition Pakatan Rakyat (PR) alliance no longer exists because it wanted to recognise the current political reality, said party adviser Lim Kit Siang.
Stating that it was not an act of defeatism, Mr Lim said there was a need of a new political coalition based on principles, and not sheer power. DAP chief Lim Guan Eng had earlier on Tuesday announced that his party would no longer work with its former partner, the Parti Islam SeMalaysia (PAS), with whom the DAP has clashed over the latter’s calls for strict Islamic law.
Lim Kit Siang marah sangat dengan Tok Guru Abdul Hadi Awang
Pada 15 haribulan Jun 2015, Lim Kit Siang telah mengumumkan bahawa Pakatan Harapan sudah tidak wujud lagi kerana DAP sudah bercerai dengan PAS. Ini boleh dianggap sebagai ‘cerai talak tiga’ kerana ini sudah kali ketiga DAP ceraikan PAS semenjak tahun 1990 dan 2001.
Memang betul, ini merupakan kali ketiga DAP mengumumkan bahawa mereka telah bercerai dengan PAS. Jadi pintu untuk mereka berdamai telah tertutup selama-lamanya, kecuali PAS kahwin ‘Cina buta’ terlebih dahulu. Barulah DAP boleh rujuk balik untuk nikah semula dengan PAS.
Yang penting sekali, kenapa DAP talak tigakan PAS pada bulan Jun 2015? Puncanya adalah DAP tidak bersetuju dengan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau lebih dikenali sebagai Akta 355 atau RUU355.
RUU355 adalah usaha Arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pada tahun 1993
RUU355 adalah satu Akta untuk memberi dan menyeragamkan bidang kuasa kepada Mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang negeri yang bermaksud membicarakan kesalahan di bawah hukum Syariah. Akta ini bertujuan untuk memberi dan menyeragam bidang kuasa berkaitan hukuman kepada mahkamah yang ditubuhkan di bawah mana-mana undang-undang negeri dalam hal berkaitan undang-undang Islam.
Undang-undang Syariah hanya melibatkan orang Islam dan orang bukan Islam tidak ada kaitan langsung dengan undang-undang ini. Misalan, orang Islam yang minum arak akan ditangkap dan dihukum tetapi tidak ada halangan bagi orang bukan Islam untuk minum arak. Jadi kenapa DAP melenting sangat?
Kit Siang benci dengan Tok Guru Hadi Awang dan ingin melihat PAS hancur
Lagi pun, Kit Siang menyalahkan Presiden PAS, Tok Guru Abdul Hadi Awang, sebagai dalang RUU355. Pada hal, RUU355 bermula dari Negeri Kelantan dan juga berasal dari pindaan yang dibuat pada tahun 1993 semasa arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat memegang jawatan sebagai Menteri Besar Kelantan.
Jadi tidak masuk akal bila Kit Siang memuji Nik Aziz dan mengutuk Hadi berkaitan dengan RUU355 apabila RUU355 adalah usaha Nik Aziz dan bukannya usaha Hadi. Adakah Kit Siang tidak sedar tentang perkara ini atau pun dia pura-pura tidak tahu?
Orang bukan Islam hendak menentukan dasar Islam di Malaysia
Oleh kerana RUU355 DAP telah ceraikan PAS. Tapi, apa yang tidak kena dengan RUU355? RUU355 hanyalah pindaan. Sekiranya pindaan itu tidak dilulus pun, undang-undang yang asal masih wujud. Undang-undang Syariah tidak akan dibubar atau pun dihapuskan.
Nampaknya gambaran yang DAP ingin beri adalah mereka hanya menentang pindaan undang-undang Syariah tetapi tidak menentang undang-undang Syariah itu sendiri. Betulkah ini hakikatnya? Atau pun adakah DAP menentang dasar undang-undang Syariah pada keseluruhannya? Mana satu yang betul?
Undang-undang Syariah adalah untuk orang Islam sahaja. Kenapa DAP campur tangan dalam hal orang Islam? Misalan, undang-undang Syariah tidak membenarkan orang Islam meminum arak. Tetapi DAP mahu orang Islam dibenarkan untuk minum arak.
DAP campur tangan didalam urusan agama Islam
Bagaimana sekiranya orang Islam campur tangan didalam urusan agama Hindu dan meminta orang Hindu dibenarkan untuk makan daging lembu? Kemungkinan sepuluh orang lagi pegawai bomba akan di sembelih oleh pelampau Hindu.
Isu kenapa Pakatan Rakyat dibubar dan Pakatan Harapan ditubuhkan adalah kerana DAP ingin campur tangan didalam urusan agama Islam. DAP tidak senang duduk dengan undang-undang Syariah dan ingin menentukan apa orang Islam dibenarkan buat dan tidak dibenarkan buat.
DAP sudah melampaui batas. Yang lebih hairan sekali adalah orang Islam sendiri yang setuju dengan dasar dan tindakan DAP ini. Mereka bersetuju dengan orang kafir yang akan menentukan apa orang Islam boleh buat dan tidak boleh buat. Demi politik, agama digadai. Ini yang dipanggil Melayu, bangsa yang tidak ada pendirian dan mudah dirasuah