Siti Kassim label pengkritiknya terencat
(MalaysiaGazette) – Peguam kontroversi, Siti Kassim menganggap mereka yang mengkritik beliau dan beberapa tokoh kehakiman menari atas pentas sebagai terencat.
“Hanya kerana kami menikmati makan malam ada golongan terencat tak tahan lihat AG (Peguam Negara) dan CJ (Ketua Hakim) menari bersama kami,” katanya menerusi status media sosialnya malam tadi.
Malah Siti Kassim berkata, ia menjadi tular sehingga ada yang mahu Tommy Thomas meletakkan jawatan.
Beliau mahu pengkritiknya yang dianggapnya golongan terencat itu lebih baik ‘bunuh diri’.
Sebelum itu, video rakaman Siti bersama Tommy serta tokoh kehakiman dan menteri menari twist tular di media sosial sehingga dikritik oleh netizen termasuk pemimpin Pakatan Harapan sendiri.