Lim Kit Siang patut malu


Nasrudin Hassan

PAS tidak pernah menamakan YB Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang (Ahli Parlimen Marang) sebagai calon Perdana Menteri.

Lim Kit Siang menipu dan membuat kesimpulan sendiri berdasarkan situasi genting ketika Pilihan Raya Umum Ke-13 yang lalu.

Tindakannya juga adalah untuk menutup isu utama yang menunjukkan DAP bersikap rasis dan autokratik.

Umum mengetahui bagaimana sikap DAP yang mengaku demokratik, sebaliknya lantang menyekat hak dan kebebasan PAS untuk menjulang agenda Islam yang diperjuangkan selama ini.

Contohnya ketika PAS mahu meminda Akta 355 dan bantahan terhadap pengharaman arak. Perkara-perkara tersebut membawa kepada campur tangan DAP dalam pemilihan AJK PAS pada tahun 2015.

Sikap rasis DAP semakin ketara setelah menang dalam PRU Ke-14 dan menduduki beberapa jawatan serta kementerian penting dalam kerajaan seperti Kementerian Kewangan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Multimedia dan Komunikasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri dan Kementerian Pertahanan. Banyak tindakan politik yang dilakukan sengaja mencetuskan sentimen perkauman.

Rasa kurang senang rakyat terhadap sikap rasis dan superior DAP telah semakin meningkat.

Oleh kerana itu, Lim Kit Siang cuba mengelirukan rakyat dengan membawa pelbagai dakwaan baharu untuk menutup sikap rasis DAP dan beberapa kelemahan yang dilakukan oleh pemimpin DAP dalam kerajaan terutama melibatkan anaknya, Lim Guan Eng.



Comments
Loading...