Saya sedia letak jawatan, kata Azhar
(MalaysiaGazette) – Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Azhar Azizan bersedia meletakkan jawatan.
Menurutnya, tindakan itu boleh dilakukan sekiranya majoriti rakyat Malaysia tidak setuju dengannya dan SPR sekarang.
“Tolong beritahu ahli parlimen di kawasan masing-masing dan undi tak percaya kepada saya di Parlimen.
“Saya akan letak jawatan tanpa sebarang syarat sekiranya ada undi itu. Itu janji saya,” ujarnya dalam status media sosialnya hari ini.
Luahan perasaan Azhar atau dikenali sebagai Art Harun itu mungkin ada kaitan dengan pelbagai dakwaan terutama pembangkang yang mempertikaikan kewibawaan SPR di bawah terajunya sejak kebelakangan ini.