Apa pasal lu takut sangat Umat Islam bersatu?
Kenapa mempersoalkan Umno dan PAS berkawan. Persoalannya ialah: bagaimana orang berasal dari Umno di dalam PKR dan PPBM boleh berkawan dengan DAP? Umno tidak menolak Islam. Sebaliknya, DAP yang menolak Islam. Mereka hanya boleh menerima Islam tetapi kena ‘langkah mayat mereka dahulu’ (over my dead body, kata Karpal Singh). Tetapi maseh boleh terima DAP sebagai kawan!
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Nampaknya Pakatan Harapan takut sangat apabila Ummah Islam bersatu. Bukankah Islam mewajibkan Ummah Islam bersatu dan jangan berpecah atau bergaduh sesama sendiri? Jadi sebab apa ada di kalangan orang Islam sendiri yang dengki dan sakit hati apabila orang Islam dari Umno dan PAS berhenti bergaduh dan bermuafakat?
Apa pasal lu takut sangat Umat Islam bersatu?
Mengikut ajaran Sun Tzu, kita perlu pecah belahkan musuh sekiranya kita ingin mengalahkan mereka. Jadi inilah yang apa DAP buat. Mula-mula mereka pecahkan PAS dan wujudkan Amanah atau PAN. Lepas itu mereka pecahkan Umno dan wujudkan Bersatu atau PPBM.
Oleh kerana itu orang Islam hilang kuasa semasa PRU14 pada bulan Mei 2018.
Sekarang orang Islam sudah sedar tentang game DAP ini. Dan disebabkan itu, orang Islam sudah mula mencari jalan untuk bersatu. Dan ianya bermula dengan Umno dan PAS. Selepas ini, Melayu dari PKR, Amanah dan Bersatu juga akan bersatu dengan Melayu dari Umno dan PAS.
Pada masa itulah Melayu akan kembali berkuasa.
DAP tetap tidak akan terima Islam
Apa salahnya sekiranya Umno dan PAS berpakat atau pun bersatu? Isu yang Umno dan PAS bermusuh semenjak sebelum Merdeka, jadi mustahil untuk mereka berpakat atau bersatu, bukanlah satu isu pun.
Umno dan PAS bermusuh hanya kerana Umno menolak hukum Allah, tidak lebih dari itu. Sekiranya Umno berhenti menolak hukum Allah, maka permusuhan diantara Umno dan PAS juga boleh diberhentikan.
Islam tidak ada tempat di dalam negara sekular
Umno dan DAP juga bermusuh semenjak tahun 1965. Dan DAP ialah barua PAP dari Singapura. Tetapi, selepas lebih dari 50 tahun bermusuhan, orang Umno di dalam PKR dan PPBM tidak ada sebarang masalah untuk berkawan dengan DAP.
Kenapa mempersoalkan Umno dan PAS berkawan. Persoalannya ialah: bagaimana orang berasal dari Umno di dalam PKR dan PPBM boleh berkawan dengan DAP? Umno tidak menolak Islam. Sebaliknya, DAP yang menolak Islam. Mereka hanya boleh menerima Islam tetapi kena ‘langkah mayat mereka dahulu’ (over my dead body, kata Karpal Singh). Tetapi masih boleh terima DAP sebagai kawan!
***********************************************************************
Saifuddin persoal kempen bersama UMNO-Pas
(Utusan Online) – Ketua Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan (PH), Datuk Saifuddin Abdullah mempersoalkan kempen bersama UMNO dan Pas dalam pilihan raya kecil (PRK) sama ada sesuai dengan suasana politik negara ketika ini.
Menurut Ahli Parlimen Indera Mahkota itu, dalam setiap perjalanan PRK, persoalan yang timbul bukan sahaja siapa dan pihak mana akan memenanginya tetapi bagaimana bentuk kempen itu dilaksanakan.
“Adakah bentuk kempen iaitu UMNO dan Pas bekerjasama sesuatu yang sesuai untuk politik Malaysia yang seharusnya bergerak ke tengah ataupun sebaliknya. Ini persoalannya bagi saya adalah lebih besar dari menang dan kalah.
“Kempen berasaskan kaum dan agama apabila disatukan sedemikian rupa adakah itu sesuatu yang memang dikehendaki oleh rakyat? Satu berasaskan kaum dan satu lagi berasaskan agama, dalam bentuk yang ada sekarang, adakah itu sesuatu yang sihat untuk Malaysia,” katanya.
Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menyempurnakan pelancaran jurnal ‘Current Southeast Asian Affairs Special Issue, The 2018 Malaysian General Election: The Return of Mahathir and the Exit of UMNO’ di Universiti Sunway, di sini hari ini.
Kemenangan Barisan Nasional (BN) dalam PRK Parlimen Cameron Highlands baru-baru ini disifatkan banyak pihak sebagai bukti di blok pembangkang bahawa perpaduan semakin kukuh di antara UMNO dan Pas.
Malah berdasarkan faktor tersebut juga, Pas telah menyerahkan mandat kepada BN untuk meletakkan calon dalam PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih yang dijadual diadakan pada 2 Mac ini.
Sementara itu, Saifuddin memberitahu, Mesyuarat Majlis Presiden PH yang akan diadakan pada 1 Februari nanti akan membincangkan mengenai kekalahan di PRK Cameron Highlands dan mengenai PRK Semenyih.
“Tentu kita akan buat post-mortem tentang PRK Cameron Highlands dan tentu ada perbincangan mengenai PRK Semenyih,” katanya.