Malaysia perlu budaya baru, kata PKR
Dan Pesta Beer ini telah menjadi halangan untuk rakyat berbilang kaum bersatu. Ini disebabkan Pesta Beer ini belum lagi di anggap sebagai budaya rasmi negara, jadi ramai yang menentangnya, terutama sekali Umat Islam yang ingin masuk ke syurga (Umat Islam yang tak kisah kalau masuk neraka tak bising pun dengan Pesta Beer).
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
ADUN PKR, Gooi Hsiao Leung, memang bercakap benar. Malaysia sudah ketinggalan zaman. We are still stuck in the past. Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 itu sudah pun outdated dan perlu diubahsuai dan dimodenkan sikit.
Pada tahun 1971, Malaysia masih menghadapi ancaman kominis. Semenjak itu, pada tahun 1989, Parti Kominis Malaysia (CPM) sudah menandatangani perjanjian damai atau Peace Treaty dengan Kerajaan Malaysia (ditandatangani di Hat Yai, Siam).
Banyak yang sudah berubah semenjak 48 tahun dahulu. Jadi, dasar-dasar kerajaan juga perlu dikaji semula dan dirombak atau diubahsuai.
Cadangan ADUN PKR, Gooi Hsiao Leung, akan menjadikan Malaysia sebuah negara First World
Satu sambutan moden yang belum wujud di Malaysia 48 tahun dahulu adalah Pesta Beer atau Beer Festival.
Yang sebenarnya, di negara German, Pesta Beer ini sudah wujud semenjak tahun 1810 dan ia dipanggil Oktoberfest. Tetapi di Malaysia ia hanya menjadi budaya beberapa tahun kebelakangan ini.
Dan Pesta Beer ini telah menjadi halangan untuk rakyat berbilang kaum bersatu. Ini disebabkan Pesta Beer ini belum lagi di anggap sebagai budaya rasmi negara, jadi ramai yang menentangnya, terutama sekali Umat Islam yang ingin masuk ke syurga (Umat Islam yang tak kisah kalau masuk neraka tak bising pun dengan Pesta Beer).
Ringkas cerita, selagi kerajaan Pakatan Harapan tidak kaji semula dasar lama dari tahun 1971 ini, selagi itulah berbagai-bagai masalah tidak akan selesai.
Budaya moden seperti Pesta Beer boleh menggantikan budaya karut seperti tarian singa
Misalan, satu budaya dari tahun 1971 yang masih wujud ialah tarian singa atau tarian naga. Ini bukan saja membazir duit dan mengacau ketenteram orang ramai, tapi ia adalah budaya yang tidak lagi boleh diguna pakai di zaman moden ini.
Yang sebenarnya, tarian singa bukannya berasal dari negara Cina (tidak ada singa di negara Cina). Ianya berasal dari negara Persia yang hari ini dipanggil Iran dan di bawa ke negara Cina semasa pemerintahan Tang (Tang Dynasty). Tarian ini bukan budaya Cina sebenarnya, tetapi ianya dipinjam atau diimpot dari Iran.
Walaubagaimana pun, apabila Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 ini dikaji dan dirombak, dan yang karut dibuang dan diganti dengan budaya moden, Malaysia akan dianggap sebagai negara dunia pertama (First World Nation) walaupun pemikiran rakyatnya masih ‘Third World’ dan berfikiran sempit.
Dan ini adalah salah satu dari pencapaian kerajaan Pakatan Harapan supaya Malaysia bertukar menjadi negara gemilang dan progressive.
Pada tahun 50an dan 60an tidak ada masalah perkauman sebab budaya pada masa itu orang Melayu dibenarkan yam seng dengan orang bukan Melayu
*****************************************************************************
Adun PKR: Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 ketinggalan zaman
(Malaysiakini) – Kenyataan Menteri Pelancongan, Seni dan Budaya Mohamaddin Ketapi bahawa penggubalan Dasar Kebudayaan Negara (DKN) yang baru akan mengambil kira saranan daripada hasil kajian Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 telah menimbulkan kebimbangan sesetengah pihak.
Adun Bukit Tengah dari PKR, Gooi Hsiao Leung menyifatkan saranan itu sebagai ketinggalan zaman dan ‘berfikiran sempit’.
Ini kerana katanya, Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971 yang diperkenalkan selepas rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 itu digubal berdasarkan tiga prinsip.
– Budaya kebangsaan mesti berdasarkan budaya Melayu;
– Unsur-unsur yang sesuai dari budaya lain boleh diterima sebagai sebahagian daripada budaya kebangsaan, dan
– Islam menjadi unsur yang penting dalam pembentukan kebudayaan kebangsaan
“Saya percaya kita harus berpindah dari pendekatan asimilasi berasaskan bangsa yang ketinggalan zaman, tidak dapat dikendalikan dan diguna pakai hampir 40 tahun lalu, yang telah gagal memupuk perpaduan negara yang tulen dalam negara berbilang bangsa dan agama kita.
“Sebaliknya, prinsip teras yang akan tertanam dalam dasar kebudayaan kita yang baru mestilah didasarkan pada membina identiti Malaysia berbanding dengan identiti berasaskan kaum,” katanya.
Gooi mengulas kenyataan Mohamaddin bahawa draf akhir DKN yang baru untuk mewujudkan sebuah negara maju dan rakyat berbudaya melalui misi memartabatkan seni, budaya dan warisan dijangka siap pada bulan September.
Mohamaddin berkata penggubalan dasar baru itu akan mengambil kira saranan daripada hasil kajian Dasar Kebudayaan Kebangsaan 1971.
“Ia masih di peringkat draf yang mana draf akhirnya dijangka siap September ini.
“DKN yang baru ini diyakini akan membawa lebih banyak kebaikan dan akan memberi tumpuan inklusif kepada membina jati diri bangsa Malaysia,” katanya.
Bagaimanapun, Gooi memuji kenyataan Mohammadin bahawa kerajaan sedang merangka dasar kebudayaan baru yang akan memfokuskan pembinaan identiti “Malaysia” selepas kerajaan terdahulu gagal mempromosikan perpaduan negara.
“Kita kini mempunyai peluang keemasan untuk membetulkan kegagalan BN.
“Kepentingan dasar sedemikian dalam pembinaan negara tidak boleh diabaikan – kerana ia akan mencatatkan pembangunan sosio-ekonomi dan politik negara kita untuk beberapa dekad yang akan datang,” katanya.
Tambah beliau, dasar kebudayaan baru ini mesti dipandu oleh objektif untuk mempromosikan pluralisme dan kepelbagaian budaya di Malaysia yang berbilang kaum dan agama.
“Hanya apabila kita benar-benar memeluk dan mempromosikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat pelbagai kaum dan agama kita – kita akan dapat bergerak maju dalam mewujudkan negara yang benar-benar sederhana, inklusif dan bersatu.
“Ini akan menjadikan Malaysia antara model global keharmonian antara kaum dan agama di peringkat antarabangsa seperti dinyatakan dalam perkara ke-5 manifesto PH,” katanya.