Hasil Titik Peluh Orang Melayu Bagi Kepada Orang Bukan Melayu


SD Salleh

Seperti yang kita tahu, Petronas merupakan syarikat milik penuh kerajaan. Pada tahun 2008, Petronas pernah tersenarai dalam Forbes sebagai syarikat yang paling untung di Asia. Disebabkan itu, Petronas membayar cukai dan dividen lebih tinggi dari kesemua syarikat di Malaysia. Lebih berkali-kali ganda dari syarikat-syarikat tempatan, termasuk Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC).

Keuntungan dan kekayaan Petronas ini 50% hasilnya dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia dan lagi 50% dari Malaysia Timur — iaitu Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak — di mana, hampir seluruh bahan minyak di Malaysia berada disana. Tetapi, alangkah sedihnya keempat negeri tersebut merupakan negeri yang mendapat dana paling sedikit berbanding negeri-negeri yang lain.

Keuntungan dan kekayaan Petronas ini 50% hasilnya dari Pantai Timur Semenanjung Malaysia

Keempat negeri tersebut majoritinya adalah Bumiputra dan sumber asli negeri itu di pakai secukupnya dan hasilnya pula diagihkan pada negeri-negeri Pantai Barat Semenanjung Malaysia — yang, kebanyakannya, penduduknya adalah terdiri dari bukan Bumiputra.

Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) adalah satu projek yang banyak memberi manfaat kepada penduduk di Pantai Timur. Ianya boleh membantu meningkatkan ekonomi dan juga membuka ruang pekerjaan untuk penduduk di Pantai Timur. Malangnya, negeri di Pantai Timur bukan di bawah kerajaan Pakatan. Di sebabkan itu, projek ECRL dibatalkan dan sumber asli negeri itu tetap ‘dikerjakan’ secukup-cukupnya dan hasilnya pula diberikan sedikit sekadar melepaskan batuk di tangga.

Ini bermaksud negeri Melayu menanggung negeri bukan Melayu. Erti kata lain, duit Melayu dibagi kepada bukan Melayu.

Terengganu kaya tapi rakyatnya miskin

Sudah 45 tahun duit hasil sumber negeri di Pantai Timur telah di ambil. Jumlahnya dianggarkan melebihi RM2 trilion. Yang di pulangkannya balik tidak melebihi RM50 bilion pun. Pada 1980an majalah Malaysian Business telah melaporkan bahawa Terengganu adalah negeri yang kedua terkaya di dalam Malaysia tetapi penduduknya adalah kedua termiskin di Malaysia. Pada masa itu juga harga minyak mentah sangat tinggi melebihi USD 108 setong.

Akhir kata, yang miskin akan bertambah miskin dan yang kaya akan bertambah kaya raya. ‘Robin Hood’ merompak yang kaya dan beri kepada yang miskin. Tetapi, Kerajaan Persekutuan merompak yang miskin dan beri kepada yang kaya.

Banjir tiap-tiap tahun perkara biasa di Terengganu dan Kelantan

Jika Terengganu dan Kelantan majoritinya orang Cina seperti di Penang dan negeri-negeri Pantai Barat, dan bukannya 97-98% orang Melayu, perkara seperti ini tidak akan terjadi. Sebanyak 15% Melayu di Semenanjung Malaysia menetap di Kelantan dan Terengganu. Melayu ini juga merupakan Melayu yang termiskin di Malaysia. Disebabkan kekurangan kemudahan asas, ada diantara mereka masih tidak mempunyai paip air di rumah. Mereka juga menghadapi masalah banjir setiap tahun akibat sistem pengairan dan kawalan banjir yang sangat lemah. Oleh kerana itu, jangkitan sakit taun berleluasa dan Kelantan dan Terengganu mencatatkan jangkitan yang tertinggi di Malaysia sehingga membawa maut.

Jika bukan disebabkan oleh negeri Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak, Malaysia pada hari ini tidak akan mampu untuk membayar RM100 bilion gaji dan pencen penjawat awam. Negeri yang penduduknya masih tidak mempunyai paip air, sistem pengairan lemah ini masih memberikan 50% hasil minyak dan gas ke Malaysia. Pendapatan minyak dan gas dianggarkan RM100 bilion setahun, jadi mengapa beri layanan negeri yang pengeluar minyak ini sebagai ‘anak tiri’?

 



Comments
Loading...