HUBUNGAN PAS & UMNO MULA DIKHUATIRI
Roslan SMS
Pemimpin DAP yang sebelum ini pernah dikaitkan dengan pengganas Tamil LTTE, Dr. P. Ramasamy mendakwa bahawa dalam hubungan PAS dan Umno, Umno perlu berwaspada. Umno kata Ramasamy …. is riding the ‘PAS “tiger.
Kononnya Umno mengambil risiko yang besar. Sekali tunggang kena tunggang buat selamanya.
Suka betul Ramasamy gunakan perumpamaan “tiger” tapi bila dikaitkan dengan Tamil Tigers terus menikus.
Apa pun ini bukti DAP sesungguhnya terancam dan gerun dengan hubungan PAS dan Umno. Hubungan perpaduan antara dua blok parti Melayu Islam terbesar dalam negara ini bakal mengancam kedudukan banyak pihak terutama DAP yang buat masa ini merupakan tulang belakang kerajaan PH.
Kemenangan BN yang didukung PAS di Cameron Highlands membuktikan yang umat Melayu jika bersatu dan berjuang atas agenda survival ummah, pasti akan mendapat sambutan semua terutama dalam keadaan nasib umat Melayu sangat tertekan dan terancam buat masa ini.
DAP cemas kerana jika ini berlaku taring dan kuku mereka dalam kerajaan akan goyang dan gugur.
Lalu DAP perlu serang dan kecam taawun PAS-Umno ini.
Masih adakah lagi orang Melayu yang insaf dan sedar yang mahu melayan dan mendengar pembohongan juak DAP seumpama Ramasamy ini?
Ingat inilah juga orang yang sama yang menuntut agar Tokoh Pendakwah Dunia Dr Zakir Naik di usir ke India dan malah tergamak menggelar Dr Zakir sebagai “syaitan”(kemudiannya meminta maaf).
Hari ini dia meremeh dan menista hubungan PAS – Umno yang dijalin atas dasar kesedaran politik orang Melayu Islam pula.
Ramai lagi akan seperti Ramasamy bakal menyerang dan memperkecil hubungan keramat ini.
Bangkitlah saudara-saudara ku. Maruah agama, bangsa dan tanahair jangan dicalar dan diconteng sesiapa.
Bangkitlah kita menjunjung amanah ummah.
Negara tercinta ini yang majoriti rakyatnya orang Melayu Islam, biar nasib dan masadepannya ditentukan bangsa dan agama yang sama dan bukan yang asing.
PAS dan Umno sahaja yang mampu menyelamatkan kita semua dari terus menderita dan akhirnya terkubur ditangan petualang seperti Ramasamy ini.
Cameron Highlands adalah titik permulaannya dan jadikan Semenyih sebagai kemuncak kebangkitannya.