Najib: Saya tak pernah bayar RM90 juta kepada Hadi, PAS


(FMT) – Datuk Seri Najib Razak hari ini menafikan dia pernah membayar RM90 juta kepada Datuk Seri Abdul Hadi Awang atau kepada PAS.

Kenyataan ini menyusuli penyelesaian luar mahkamah antara presiden parti Islam itu dengan editor Sarawak Report, Clare Rewcastle-Brown.

Bekas perdana menteri mengingatkan bahawa pihak berkuasa kerajaan sekarang sudah membuat siasatan yang sangat teliti terhadap akaun-akaun peribadinya dan Umno sejak pilihan raya umum ke-14, iaitu hampir 9 bulan lalu.

“Jika ianya benar ada sebarang bayaran dari saya ataupun dari Umno, sudah tentu kerajaan PH akan mengambil kesempatan untuk membeku akaun bank presiden PAS ataupun akaun PAS.

Adalah amat tidak adil untuk PAS diserang dan difitnah berterusan tentang isu ini,” katanya dalam kenyataan malam tadi.

 



Comments
Loading...