Isu Taman Rimba Kiara, YB Hannah Yeoh tak tahu mana nak letak muka


Gulam Muszaffar, Aktivis Masyarakat

“Throwback”, semasa kempen PRU14, YB Hannah “bijak” mengekploitasikan isu Taman Rimba Kiara sebagai bahan kempen beliau. Kuat betul beliau balun dan menuduh YB Kunan dan Yayasan WP terhadap projek pembangunan usahasama dgn Syarikat Malton Berhad untuk rumah mampu milik terutamanya bagi penduduk rumah panjang disitu.(Sila tonton semula video kempen YB Hannah)

Tetapi, selepas 9 bulan, projek Taman Rimba Kiara masih kekal dan paling tidak boleh diterima dan ibarat ditempeleng muka secara serah diri oleh YB Menteri Khalid Samad sendiri kpd YB Hannah, JK Bertindak #SelamatkanTamanRimba Kiara dan penduduk setempat bahawasanya projek yg dirancang oleh YB KuNan adalah sah dan tiada cacat celanya. (Sila rujuk lampiran kenyataan YB Menteri).

Soalan saya mudah sahaja?? Jika betul harga tanah berharga RM60juta yang telah dibayar kepada Yayasan WP, dan sekarang ini Yayasan WP dibawah kuasa kanda YB Menteri Khalid Samad, pulangkan semula wang dan batalkan sahaja projek disitu. Kemudian gunakan duit dr kerajaan sebanyak RM15juta seperti yang dikatakan oleh YB Hannah Yeoh utk bina rumah mampu milik bagi penghuni rumah panjang. Selesai dan tuntas, semua pihak gembira tetapi kenapa tak buat????? dan kesian YB Hanna Yeoh tak tahu nak letak muka dimana….

Kepada YB Hannah Yeoh saya simpati keatas awak. YB masih ingat saya lagi ker, meh saya jemput dan ingat nak belanja YB minum teh tarik dan roti canai di Restoran Firdause sebab disitu pertemuan pertama kita..

Kalau YB setuju, bagi masa dan tarikh utk saya belanja, CEO atau wakil dari Yayasan WP dan Malton Berhad pun saya jemput sekali kalau berminat…saya tolong dealkan utk selesaikan kes Taman Rimba Kiara

Nota
YB Hannah jangan marah yer, hanya mampu belanja teh tarik dan roti canai sahaja sbb kos harga barang masih tak turun walaupun GST dah hapus..

#wilayahkutidakcerialagi



Comments
Loading...