Husam Musa ‘saksi utama’ kes kontroversi RM90 juta


Amanah mengarahkan Husam Musa untuk memberi keterangan dan melaporkan kepada SPRM bahawa dialah yang memberitahu Ambiga yang Najib menderma RM90 juta kepada PAS dan beberapa pemimpin parti. Itulah sebab kenapa tiga hari lepas SPRM mengumumkan bahawa Husam adalah salah seorang yang akan disoal siasat berkaitan dengan derma RM90 juta itu.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah bertemu dan mengadakan mesyuarat dengan Jabatan Peguam Negara (AGC) hari ini untuk membincangkan bagaimana untuk meneruskan kes RM90 juta ini (BACA DI SINI: SPRM ‘tai chi’ masalah RM90 juta kepada Peguam Negara).

Pakatan Harapan, khususnya PAN a.k.a. Amanah, cuba elakkan dari Ambiga Sreenevasan menghadapi tuduhan mahkamah. Tetapi Clare Rewcastle Brown telah mengeruhkan keadaan dengan menamakan Ambiga sebagai sumbernya. Jadi, salah seorang akan dijadikan mangsa korban samada Ambiga atau pun Clare.

Amanah mengarahkan Husam Musa untuk memberi keterangan dan melaporkan kepada SPRM bahawa dialah yang memberitahu Ambiga yang Najib menderma RM90 juta kepada PAS dan beberapa pemimpin parti. Itulah sebab kenapa tiga hari lepas SPRM mengumumkan bahawa Husam adalah salah seorang yang akan disoal siasat berkaitan dengan derma RM90 juta itu.

Amanah mengarahkan Husam Musa untuk memberi keterangan dan melaporkan kepada SPRM bahawa dialah yang memberitahu pada Ambiga yang Najib menderma RM90 juta kepada PAS dan beberapa pemimpin parti

Husam akan memberitahu kepada SPRM, masa rundingan RM90 juta itu berlaku, dia masih pemimpin PAS dan dia juga terlibat dalam rundingan tersebut.

Tapi Husam meninggalkan parti pada April 2016 dan, menurut Clare pula, transaksi RM90 juta itu terjadi pada Jun 2016, dua bulan kemudiannya.

Sekarang, mereka cuba untuk mendapatkan garis masa (time line) yang betul dan tepat. Jika tidak, mereka akan menghadapi masalah yang sama dalam kes liwat Anwar Ibrahim, di mana Anwar telah dipertuduhkan meliwat Azizan Abu Bakar di dalam sebuah bangunan yang masih belum di bina lagi.

PAS akan menunggu testimoni dari Husam dan sebaik sahaja dia mengesahkan bahawa dia akan menjadi saksi utama, akan ada saksi memberi keterangan bahawa Husam dibiayai oleh sindiket perjudian Cina semasa dia masih lagi ahli PAS. Saksi itu telah tampil menawarkan diri untuk menandatagani surat sumpah bahawa Husam telah dibiayai oleh Sindiket perjudian cina lebih dari tiga dekad.

Sindiket perjudian Cina yang jumlah berbilion ringgit ini membiayai Husam lebih dari tiga dekad yang diketahui oleh Bukit Aman dan ada saksi telah menawarkan untuk memberi keterangan

Husam juga terlibat dengan seseorang pemimpin Umno yang sekarang ini menghadapi tuduhan jenayah. Pemimpin Umno ini adalah proksi kepada sindiket perjudian Cina ini dan diketuai oleh sekutu yang sangat rapat dengan Tun Dr Mahathir Mohamad dan yang memiliki 50,000 buah mesin slot di seluruh Malaysia.

Perniagaan judi mesin slot ini adalah satu industri yang jumlahnya berbilion-bilion ringgit dan Husam menerima pembiayaan dari sindiket ini semenjak tahun 1980an lagi. Jika Husam mengistiharkan bahawa dia terlibat dalam rundingan derma RM90 juta dari Najib, PAS akan mengeluarkan isu sindiket judi yang membiayai Husam selama tiga dekad.

Isu ini semakin hari semakin menarik dan ianya akan berakhiri dengan siapa yang kecut dulu. Adakah Husam atau pun PAS. Mengenali Husam, berkemungkinan besar dia yang akan mengalah dan ‘back down’. Perkara yang terakhir yang patut dielakkan adalah parti yang mengelarkan diri mereka parti Islam, dimana pemimpin mereka yang penting itu didedahkan terlibat dalam sindiket perjudian.

BACA LAGI DI SINI: FINAL-DEFENCE-AND-COUNTER-CLAIM

 



Comments
Loading...