Bila pula Sarawak Report hendak cerita tentang kereta mewah keluarga Mahathir?


Kemewahan pemimpin Pakatan Harapan jelas dan diketahui umum, terutama sekali apa yang anak-anak Perdana Menteri Malaysia Ke Empat/Ke Tujuh memiliki dan gaya hidup atau ‘lifetsyle of the rich and famous’ mereka. Dan ini tidak pernah di nafikan. Dari mana datangnya duit dan harta yang bernilai berjuta-juta itu?

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Clare Rewcastle Brown menuduh pemimpin PAS menerima derma RM90 juta dari bekas perdana menteri Najib Tun Razak. Hari ini, tuduhan itu telah disahkan fitnah semata-mata (BACA DI SINI: Sumber SPRM: Tiada kemasukan RM90j dari 1MDB ke akaun rasmi PAS).

Apa buktinya yang pemimpin PAS menerima RM90 juta dari Najib? Buktinya ialah pemimpin PAS memiliki motosikal besar, kereta mewah, dan rumah banglo. Sesiapa saja yang memiliki motosikal besar, kereta mewah, dan rumah banglo adalah sah perasuah dan perompak.

Tetapi, sebab apa hanya tanya pemimpin PAS sahaja? Pemimpin Pakatan Harapan, terutama sekali keluarga perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, memiliki lebih banyak dari itu.

Kemewahan pemimpin Pakatan Harapan jelas dan diketahui umum, terutama sekali apa yang anak-anak Perdana Menteri Malaysia Ke Empat/Ke Tujuh memiliki dan gaya hidup atau ‘lifetsyle of the rich and famous’ mereka. Dan ini tidak pernah di nafikan. Dari mana datangnya duit dan harta yang bernilai berjuta-juta itu?

 



Comments
Loading...