Calon PH Semenyih kantoi dakwa ada PhD


(Abu Leman) – Hebat tentera bawang sekarang. Belum sempat apa-apa lagi, calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Semenyih sudah kena tenyeh.

Aiman Zainali, calon dari Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) yang mewakili Pakatan Harapan (PH) adalah seorang anak muda yang lahir pada tahun 1989.

Calon berusia 30 tahun ini merupakan anak jati Semenyih dan bekerja sebagai seorang jurutera di syarikat swasta. Aiman adalah menantu kepada penyandang, Bakhtiar Mohd Nor, 57, yang meninggal dunia akibat serangan jantung.

Pencalonannya mendapat tentangan dari pimpinan setempat apabila jawatan hanya diberi kepada ahli keluarga yang tidak berjasa di kawasan, menurut mereka.

Namun tentera bawang tidak mudah tertipu dengan biodata yang diberikan oleh pihak PH yang sudah pasti selama ini hanya menipu untuk mengaburi masyarakat.

Setelah diperiksa, Aiman dilihat pertama kali menipu kelayakan akademiknya di halaman Linkedin.com apabila mendakwa memiliki Doktor Falsafah (PhD) di dalam bidang ‘Mobile Communication’ pada tahun 2016.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...