Clare Rewcastle-Brown sorang saja yang masih bercakap tentang RM90 juta


PAS telah serah semua dokumen termasuk buku kira-kira dan penyata bank kepada SPRM dan tidak ada bukti yang PAS atau pemimpin parti terima RM90 juta. Husam berkata ada sekeping cek bernilai RM90 juta. Ini bermakna senang saja untuk dikesan sekiranya sekeping cek bernilai RM90 juta itu wujud. Tetapi tidak ada pun.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

(FMT) – Sarawak Report editor Clare Rewcastle-Brown has dismissed a PAS leader’s remark that she should stop bringing up the “RM90 million case” following her out-of-court settlement with party president Abdul Hadi Awang.

Speaking to FMT, Rewcastle-Brown said the consent order as part of the settlement only specified that the claimant, Hadi, discontinue his claim, and that she withdrew her counterclaim, with no order as to costs.

“It does not say anything about my right to exercise freedom of speech,” she said in response to the remarks by PAS vice-president Mohd Amar Nik Abdullah.

“He (Amar) may not like me talking about the case, but PAS has also been talking about the case,” she added.

*************************************************************************************

Clare Rewcastle-Brown berkata dia berhak bercakap tentang kes RM90 juta itu, kononnya jumlah yang bekas perdana menteri Najib Tun Razak telah menderma kepada beberapa pemimpin PAS.

Betul. Memang Minah Saleh itu berhak bercakap tentang isu RM90 juta yang kononnya Najib telah menderma kepada PAS. Tetapi, apabila orang lain becakap tentang dia, dia  hantar surat saman, buat laporan polislah, dan suruh polis tangkap sesiapa sahaja yang bercakap tentang dia atau pun menunjukkan gambar rumahnya.

Kenapa Minah Saleh ini hendak polis tangkap sesiapa sahaja yang menunjukkan gambar rumah dia? Sebab rumah dia dianggarkan bernilai lebih dari RM10 juta dan dia tidak mahu orang tahu yang dia ni kaya-raya.

Tuduhan RM90 juta itu bermula dari dua betina ini

Dan bagaimana pula dia boleh jadi jadi kaya-raya? Itu satu persoalan yang Minah Saleh ini perlu jawab sebab syarikat dia bukannya ada duit. Jadi bagaimana dia mampu miliki rumah yang bernilai lebih dari RM10 juta dan kos guaman yang lebih dari RM3 juta?

Perbelanjaan Sarawak Report dan kos penerbangan seluruh dunia serta penghinapan di hotel lima bintang bukannya murah. Bagaimana Clare mampu menanggung semua itu sedangkan syarikatnya papa-kedana?

Tunggu apa lagi Clare, jawablah jangan tak jawab pulak!

Minah Saleh ini bekata dia berhak bercakap tentang isu RM90 juta itu. Betul. Memang dia berhak. Masalahnya dia seorang saja yang masih bercakap tentang isu ini. Yang lain semua sudah diam dan tidak berani lagi buka mulut.

Ambiga Sreenevasan, Rafizi Ramli, Husam Musa, Saifuddin Abdullah, Tun Dr Mahathir Mohamad, Anwar Ibrahim, Dr Wan Azizah Wan Ismail, Mat Sabu, Mujahid Yusof Rawa, Mohamed Hanipa Maiden, dan ramai lagi dari Pakatan Harapan yang dahulunya lantang menuduh PAS atau pemimpin-pemimpin parti terima RM90 juta dari Najib hari ini sudah senyap dan membisu.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun siasat tuduhan ini dan terbukti tuduhan itu tidak benar. Jikalau ianya benar, hari ini pasti sudah kecoh. SPRM akan serbu atau raid pejabat PAS dan rumah-rumah pemimpin PAS.

Husam berkata ada sekeping cek bernilai RM90 juta

PAS telah serah semua dokumen termasuk buku kira-kira dan penyata bank kepada SPRM dan tidak ada bukti yang PAS atau pemimpin parti terima RM90 juta. Husam berkata ada sekeping cek bernilai RM90 juta. Ini bermakna senang saja untuk dikesan sekiranya sekeping cek bernilai RM90 juta itu wujud. Tetapi tidak ada pun.

Memanglah Clare perlu terus bercerita tentang isu ini. Sebab dia sudah malu. Tetapi dia seorang saja yang masih bercakap. Orang lain sudah senyap. Dan mereka senyap sebab mereka sudah sedar yang orang Melayu sudah tidak percaya tentang tuduhan RM90 juta ini. Dan sekiranya mereka terus mengfitnahkan PAS, maka orang Melayu akan bertambah meluat.

Kita tengok di PRK Semenyih nanti, samada mereka berani ataupun tidak berkempen menggunakan isu RM90 juta ini. Lagi mereka tuduh PAS atau pemimpin parti terima RM90 juta dari Najib, lagi ramai Melayu akan boikot Pakatan Harapan.

Hampir 70% pengundi Semenyih terdiri dari orang Melayu. Dan sekiranya Pakatan Harapan cuba menggunakan isu RM90 juta ini di Semenyih, pengundi Melayu akan hukum Pakatan Harapan. Jangan tuduh. Tunjuk bukti. Dan sekiranya tidak ada bukti lebih baik tutup mulut. Biarkan Minah Saleh ni berseorangan menyalak macam anjing betina kempunan anjing jantan.

RM1 juta itu diberi kepada Saifuddin Abdullah dan bukan kepada Nasharudin Mat Isa

Kalau betul Najib bagi PAS atau pemimpin PAS RM90 juta sudah lama SPRM bertindak. Yang sebenarnya bukan RM90 juta. Yang sebenarnya hanya RM1 juta. Dan RM1 juta itu diberi kepada Saifuddin Abdullah dan bukan kepada Nasharudin Mat Isa seperti apa yang Minah Saleh itu tak habis-habis menyalak. Itu hakikat sebenarnya.

Syarikat ini boleh dikatakan sudah muflis

Berapa agaknya harga rumah ini?

 



Comments
Loading...