Gerakan Mahathir untuk nafikan Anwar sebagai PM


(Utusan) – Bekas Naib Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Hamidah Osman tidak yakin Tun Dr. Mahathir Mohamad akan memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri.

Menurutnya, ini berdasarkan perkembangan politik semasa yang secara jelas menunjukkan Mahathir kini membuat gerakan untuk menafikan Anwar menduduki kerusi Perdana Menteri.“

Jika ditanya pendapat saya, saya antara orang yang tidak yakin Tun akan memberikan kerusi itu (Perdana Menteri) kepada Anwar.

“Saya tak nampak caranya (Anwar menjadi Perdana Menteri). Apa yang berlaku hari ini terang-terang, gerakan-gerakan yang dibuat oleh Tun untuk menafikan Anwar menjadi Perdana Menteri, itu yang terjadi hari ini,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Ditanya siapa pilihan Mahathir, Hamidah berkata, apa yang didengar desas-desus Mahathir mahu menyerahkan kerusi Perdana Menteri kepada

Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

“Tapi kita tak tahu Tun nak bagi siapa. Kalau tanya saya, sudah tentu Tun tak akan serahkan jawatan PM kepada Anwar seperti yang diuar-uar, ini pandangan peribadi saya.

“Apa yang terjadi hari ini Tun mahu menguatkan kedudukan sebagai PM untuk menafikan Anwar jadi PM,” katanya.

Antara tindakan Mahathir yang dilihat untuk menguatkan kedudukan ialah menerima kemasukan enam bekas Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) ke dalam Bersatu baru-baru ini.

Terbaru, Mahathir yang juga Pengerusi Bersatu mengumumkan parti itu akan melebarkan sayap parti di Sabah.

 



Comments
Loading...