Biarlah Anwar percaya fitnah RM90 juta
(Harakah) – Naib Presiden PAS, Ustaz Idris Ahmad berkata, biarlah Dato’ Seri Anwar Ibrahim percaya fitnah RM90 juta.
“Kami ahli PAS tetap tidak percaya Dato’ Seri Anwar melakukan liwat,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Katanya, kalau 30 juta rakyat Malaysia mempercayainya tetapi ahli PAS seramai sejuta orang tetap tidak percaya.
“Inilah prinsip Islam yang PAS pegang. PAS masih unggul, mutu dan bergaya,” katanya.