Apa yang Mahathir putar-belit ni?


Apa cerita putar-belit ni? Empat tahun dulu semua benda tahu. Hari ini masih banyak pula tak tahu. Pada 2016 kata dah lihat sekeping cek bernilai RM90 juta. Hari ini masih tak tahu cek tu ada atau tidak. Dan oleh kerana belum tahu maka ada kemungkinan cek itu wujud.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah berkata bahawa tidak ada menunjukkan sebarang rekod atau bukti yang PAS atau pemimpin-peminmpin parti itu menerima RM90 juta dari Umno atau dari mantan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Walau bagaimana pun, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir masih tidak puas hati dengan pengesahan ini (baca berita FMT di bawah).

Apa Mahathir susahkan sangat? Isu ni senang saja. Husam Musa kata dia telah melihat dengan matanya sendiri sekeping cek bernilai RM90 juta. Tetapi SPRM tidak jumpa sekeping cek bernilai RM90 juta itu. Bank pun tidak boleh kesan cek tersebut.

Husam kata dia telah melihat dengan matanya sendiri sekeping cek bernilai RM90 juta

Jadi kenapa nak panjangkan cerita lagi? Kalau takde, takdelah. Nak siasat apa lagi? Memang takde pun sekeping cek bernilai RM90 juta tu. Tutup sajalah cerita ini!

Mahathir berkata yang mereka masih tidak tahu cerita sebenarnya mengenai 1MDB. Dan banyak maklumat lagi masih tidak tahu.

Eh! Bukan ke empat tahun dulu, pada tahun 2015, mereka juga berkata yang mereka sudah tahu semua cerita tentang 1MDB. Dan bukti yang Najib curi duit 1MDB sudah lengkap dan RM42 bilion sudah lesap. Hari ini pula mereka berkata yang cerita sebenarnya mereka masih tidak tahu.

Apa cerita putar-belit ni? Empat tahun dulu semua benda tahu. Hari ini masih banyak pula tak tahu. Pada 2016 kata dah lihat sekeping cek bernilai RM90 juta. Hari ini masih tak tahu cek tu ada atau tidak. Dan oleh kerana belum tahu maka ada kemungkinan cek itu wujud.

Letihlah asyik dengar cerita berpusing-pusing dan putar-belit ni. Inilah perangai Bapak Munafiq. Kalau dah kalah mengaku sajalah. Jangan cuba menegakkan benang basah.

**********************************************************

Mahathir berkata yang mereka masih tidak tahu cerita sebenarnya mengenai 1MDB

(FMT) – Prime Minister Dr Mahathir Mohamad says the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) may not have the full information on 1MDB-linked funds allegedly deposited into PAS bank accounts.

This follows the anti-graft body’s statement yesterday that it had found no evidence so far that RM90 million was transferred into the party’s accounts.

“That is what MACC says,” Mahathir said in a press conference here today.

“They may not have gotten the full information. (To get that), it will take time,” he said when asked whether the development might affect Pakatan Harapan’s (PH) chances in the Semenyih by-election.

Mahathir, who is PH chairman, added that MACC might not have had time to study all the allegations against former prime minister Najib Razak.

“We will wait and see whether it is true or not,” he said.

 



Comments
Loading...