DARI FAIL SPRM Siri 3: Nazri mainkan peranan utama dalam Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang


DAP in Crisis: The Penang Undersea Tunnel Corruption Scandal

Pada 12 Januari 2018, kenyataan rasmi kepada SPRM yang ditandatagani oleh Zarul Ahmad berkata yang dia telah ditangkap tiga hari sebelum itu kerana kesalahan merasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan beberapa orang yang lain. Aspek yang paling penting dalam kenyataan ini adalah Zarul Ahmad bukan sahaja tidak menafikan dakwaan itu, malah dia mengakui yang dia merasuah Guan Eng dan beberapa orang yang lain.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Ramai dikalangan pembaca bertanyakan mengapa kenyataan rasmi yang ditandatangani oleh Zarul Ahmad Mohd Zulfikli kepada Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia pada 12 Januari 2018 itu tidak mempunyai tanda tangannya. Ini adalah bertujuan untuk mengelak dari melanggar undang-undang perlindungan data individu. Jikalau ianya didedahkan maka Google, Facebook dan Twitter akan menyekat dan menggantung akaun kami. Jadi bukan tandatangannya sahaja yang tiada, malah butiran peribadi seperti nombor kad pengenalan, alamat rumah, telefon bimbit dan tarikh lahir juga dipadamkan.

Untuk Pakatan Harapan pula, mereka memang tidak menghormati undang-undang privasi. Jadi, mereka ini akan menyiarkan dokumen yang mengandungi butiran peribadi seseorang itu tanpa dipadamkan. Tetapi, Pakatan Harapan ini selalunya mempunyai dua taraf undang-undang, satu untuk diri mereka sendiri dan satu lagi untuk orang lain. Walaubagaimana pun, dokumen-dokumen ini dipelihara di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).

SPRM telah dipergunakan untuk memfitnah PAS dan menuduh parti itu menerima derma RM90 juta daripada Umno atau Najib Razak. Jadi, ada dikalangan mereka telah muak dengan ahli politik yang mempergunakan SPRM untuk menghapuskan musuh politik mereka. Oleh kerana itu, ada dikalangan mereka telah menyerahkan keseluruhan fail yang hampir 200 muka surat itu kepada kami.

Pada 12 Januari 2018, kenyataan rasmi kepada SPRM yang ditandatagani oleh Zarul Ahmad berkata yang dia telah ditangkap tiga hari sebelum itu kerana kesalahan merasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng dan beberapa orang yang lain. Aspek yang paling penting dalam kenyataan ini adalah Zarul Ahmad bukan sahaja tidak menafikan dakwaan itu, malah dia mengakui yang dia merasuah Guan Eng dan beberapa orang yang lain.

Ada 6.3 bilion sebab mengapa Nazri Aziz memegang tangan Lim Guan Eng

Zarul Ahmad secara sukarela mengaku bahawa dia ditangkap pada 9 Januari 2018 sebab merasuah Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng

Zarul Ahmad ialah orang yang akan menumbangkan Kerajaan kleptrokasi Pakatan Harapan

 

Zarul Ahmad memberitahu bahawa Guan Eng lah yang menalefonnya untuk berjumpa dan Nazri Aziz juga ada didalam perjumpaan itu dan selepas pada perjumpaan itu Zarul memberitahu Guan Eng Bahawa jumlah sogokan yang akan diberinya adalah sebanyak 10%

Akhirnya terbukti yang Guan Eng adalah perompak juga

Pertemuan seterusnya berada di pejabat Guan Eng di Komtar, Zarul diberitahu yang Projek Terowang Bawah Laut itu akan di tender dan tidak akan diperoleh secara rundingan terus, tetapi syarikat Zarul dijanjikan projek itu oleh Lim Guan Eng

1. DARI FAIL SPRM Siri 2: Bermulanya projek terowong bawah laut Pulau Pinang dengan Guan Eng

2. DARI FAIL SPRM: Guan Eng telah menerima sogokan 10% tetapi Peguam Negara telah mengkuburkan kes tersebut

 



Comments
Loading...