DARI FAIL SPRM Siri 4: Orang-orang yang terlibat dengan rasuah Terowong Bawah Laut Pulau Pinang


DAP in Crisis: The Penang Undersea Tunnel Corruption Scandal

Di dalam kenyataan Zarul Ahmad kepada SPRM pada 12 Januari 2018, dia berkata bahawa bukan sahaja Lim Guan Eng dirasuahnya tetapi beberapa ahli EXCO yang lain turut menerima rasuah darinya. Termasuklah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Ramasamy Palanisamy, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru Chow Kon Yow, Pemimpin PKR Abdul Malik Kassim dan Lim Hock Seng.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Kebanyakan orang hanya tahu bahawa Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang berharga RM6.3 billion sahaja. Dan kos ini berdasarkan pada tender terbuka yang diberi kepada pembida yang terendah. Berdasarkan kenyataan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli kepada SPRM pada 12 Januari 2018 bahawa harga RM6.3 billion itu telah pun dipersetujui sebelum cara implementasi dan butiran projek diputuskan.

Maksudnya, Harga RM6.3 billion itu adalah wayang semata-mata dan ianya tidak tertakluk berdasarkan pada harga bidaan. Keseluruhan tender terbuka ini telah diwayangkan.

Yang tidak didedahkan adalah Kerajaan Negeri Pulau Pinag memberikan tanah kepunyaan negeri seluas 50 ekar kepada syarikat SPV Terowong Bawah Laut sebagai sebahagian pembayaran untuk projek terowong itu. Tetapi nilai sebenar tanah itu hanyalah RM2.83 billion manakala Nilai Pembangunan Kasar (GDV) tanah tersebut ialah RM15 billion.

Ini lebih kurang sama dengan kes kontravesi ‘land-swap’ MINDEF yang melibatkan kroni Tun Dr Mahathir dan orang yang ke-12 terkaya di Malaysia, iaitu Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary, dan syarikatnya Kelana Ventures Sdn Bhd (KVSB). Di Pulau Pinang pula, sebahagian tanah yang berukuran 50 ekar di Jalan Gurney Drive dengan GDV sebanyak RM15 billion telah di ‘swap’ untuk terowong yang nilainya hanyalah RM6.3 billion.

Pendek cerita, kos Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang berharga lebih dari RM6.3 billion.

Di dalam kenyataan Zarul Ahmad kepada SPRM pada 12 Januari 2018, dia berkata bahawa bukan sahaja Lim Guan Eng dirasuahnya tetapi beberapa ahli EXCO yang lain turut menerima rasuah darinya. Termasuklah Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang Dr Ramasamy Palanisamy, Ketua Menteri Pulau Pinang yang baru Chow Kon Yow, Pemimpin PKR Abdul Malik Kassim dan Lim Hock Seng.

Ketua Menteri Pulau Pinang yang lama dan baru, Lim Guan Eng dan Chow Kon Yeow, telah menerima rasuah dari Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

Ketua PKR Pulau Pinang Malik Kassim juga telah menerima rasuah

Lim Hock Seng juga telah diheret oleh SPRM pada Februari 2018 tetapi failnya telah ditutup dan ditandakan NFA (no further action)

1. DARI FAIL SPRM Siri 3: Nazri Mainkan Peranan Utama Dalam Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

2. DARI FAIL SPRM Siri 2: Bermulanya Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang Dengan Guan Eng

3. DARI FAIL SPRM: Guan Eng Telah Menerima Sogokan 10% Tetapi Peguam Negara Telah Mengkuburkan Kes Tersebut

 



Comments
Loading...