RPK pembohong, kata Dr M mengenai dakwaan siasatan terowong


(FMT) – Dr Mahathir Mohamad hari ini menepis dakwaan beberapa exco Pulau Pinang terbabit dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Raja Petra Kamarudin pembohong. Dia selalu berbohong dan kamu masih lagi mahu mempercayainya,” katanya kepada pemberita sebelum beredar.

Beliau ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Kempen Pemilikan Rumah 2019 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur hari ini.

Raja Petra baru-baru ini menerbitkan beberapa artikel mengenai kertas siasatan SPRM ke atas terowong dan projek jalanraya berkaitan, dianggarkan RM6.3 bilion.

Beberapa exco Pulau Pinang dinamakan dalam dokumen-dokumen itu, menurut artikel-artikel itu.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng semalam berkata dia akan menjawab dakwaan-dakwaan itu pada Jumaat.

1. DARI FAIL SPRM: Guan Eng Telah Menerima Sogokan 10% Tetapi Peguam Negara Telah Mengkuburkan Kes Tersebut

2. DARI FAIL SPRM Siri 2: Bermulanya Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang Dengan Guan Eng

3. DARI FAIL SPRM Siri 3: Nazri Mainkan Peranan Utama Dalam Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

4. DARI FAIL SPRM Siri 4: Orang-Orang Yang Terlibat Dengan Rasuah Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

5. DARI FAIL SPRM Siri 5: Zarul Menyogok RM22 Juta Untuk Menutup Kes Rasuah Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

6. DARI FAIL SPRM Siri 6: Bila Dan Berapa Jumlah Sogokan Di Bayar Kepada Lim Guan Eng

 



Comments
Loading...