Rupanya isu cek PAS-Clare adalah serangan Anwar kepada Mahathir?


Abu Leman

Pertempuran antara kem Anwar dengan kem Mahathir semakin menarik. Walaupun yang dilihat menjadi sasaran adalah PAS dan UMNO, hakikatnya pendedahan yang dibuat oleh Rafizi dalam tiga status berturut-turut menerusi FB peribadinya (rujuk di sini), menunjukkan Anwar Ibrahim sudah bersedia untuk berperang merebut jawatan Perdana Menteri yang dijanjikan oleh Mahathir kepadanya.

Semuanya bermula apabila Anwar Ibrahim mengatakan, dia mempunyai bukti PAS telah membayar Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report untuk membubarkan kes saman dan fitnah mereka di mahkamah London.

Clare kemudiannya menampilkan sekeping cek. Americk Sidhu yang namanya tertera pada cek tersebut telah mengesahkan cek berkenaan adalah asli. Bagaimanapun, Americk Sidhu memilih jalan selamat apabila menamakan pihak Maybank sebagai pihak yang sewajarnya memberitahu dari mana datangnya cek tersebut. (rujuk di sini)

Sesuatu yang menarik sudah tentulah nama RAMELI BIN MUSA yang didedahkan oleh Rafizi Ramli.

Siapa RAMELI BIN MUSA yang cuba digambarkan oleh Rafizi Ramli sebagai penyalur manfaat kepada Clare Rewcastle-Brown.

Rameli bin Musa yang terkenal sekarang adalah Rameli bin Musa yang sekarang ini adalah Pengerusi Keretapi Tanah Melayu Berhad yang baru menggantikan Nawawi Ahmad, bekas Ahli Parlimen Langkawi bermula pada 4 Februari 2019. (rujuk di sini) iaitu pada tempoh yang hampir sama, cek berkenaan dikeluarkan. (rujuk di sini)

Namun ‘sejarah’ Rameli bin Musa ini jauh lebih panjang berbanding dengan perjawatannya selaku Pengerusi KTMB. Dia mula terkenal dalam dunia korporat selepas Anwar Ibrahim dilantik sebagai Menteri Kewangan. Abang iparnya adalah Kamaruddin Mohd Nor yang merupakan orang penting ABIM dan orang yang melantik Anwar Ibrahim mengetuai WAMY (World Association of Muslims Youth) yang mempunyai kaitan dengan Ikhwanul Muslimin.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...