Americk Mengaitkan Rameli dan Clare Dengan Pengubahan Wang Haram


Mereka disyaki memindahkan wang sebanyak RM1.4 juta ke UK dengan cara mengistiharkannya sebagai bayaran untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah. Jika tidak, mereka tidak akan dapat memindahkan wang itu ke UK atau mendapat kelulusan dari Bank Negara.

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

Americk berkomplot dengan Clare dan Rameli di dalam jenayah pengubahan wang haram dan pengelakan cukai

Peguam Americk Sidhu mengaitkan Rameli Musa dan Clare Rewcastle Brown didalam jenayah pengubahan wang haram dan pengelakkan cukai.

Americk mengesahkan bahawa ada pihak ketiga membayarnya sejumlah wang RM1.4 juta yang kemudiannya dia memberi kepada Clare dan Rafizi telah mengenal pasti bahawa pihak ketiga itu adalah Rameli Musa.

Penyelesaian di luar mahkamah diantara Abdul Hadi Awang dan Clare secara khususnya tidak melibatkan sebarang kos. Oleh itu RM1.4 juta yang Rameli membayar kepada Clare melalui Americk diberi gambaran seperti ia adalah kos tetapi sebenarnya tidak.

Rameli perlu menjelaskan mengapa dia membayar Clare RM1.4 juta tanpa persetujuan PAS dan Hadi

Mereka disyaki memindahkan wang sebanyak RM1.4 juta ke UK dengan cara mengistiharkannya sebagai bayaran untuk menyelesaikan kes di luar mahkamah. Jika tidak, mereka tidak akan dapat memindahkan wang itu ke UK atau mendapat kelulusan dari Bank Negara.

Americk telah menyebabkan Rameli dan Clare berhadapan dengan masalah. Hadi dan PAS bukannya pihak yang menandatangani perjanjian ataupun pihak yang terlibat untuk membayar Clare sebanyak RM1.4 juta. RM1.4 juta itu kononnya datang daripada penyelesaian di luar mahkamah, sebenarnya ia tidak ada kena-mengena pun dengan kes mahkamah atau pun penyelesaian di luar mahkamah seperti yang dikatanya.

Americk berkata dia menyaksikan pihak ketiga yang menandatangani cek yang bernilai RM1.4 juta itu. Jadi, Americk secara peribadi memang telah berjumpa dengan Rameli. Dan ini bermaksud bahawa Americk secara langsung terlibat dalam jenayah pengubahan wang haram dan pengelakkan cukai.

Apa yang menariknya adalah bagaimana Clare mengistiharkan duit itu kepada kerajaan UK dan samada dia membayar cukai ataupun tidak. Jika dia mengistiharkan RM1.4 juta itu sebagai duit untuk penyelesaian luar mahkamah, ini secara langsung adalah pengubahan wang haram dan pengelakan cukai dimana Americk dan Rameli terlibat sama.

Clare telah berjaya menyeludup wang sebanyak RM1.4 juta ke UK dengan membuat pengisytiharan palsu bahawa wang tersebut adalah sebagai wang penyelesaian luar mahkamah dengan Hadi dan dibantu oleh peguamnya Americk

 



Comments
Loading...