BIOLA BURUK TERUS DIGESEK


Roslan SMS

Disaat rakyat khususnya umat Melayu Islam meraikan kerjasama PAS dan Umno, dua buah parti Melayu Islam terbesar dalam negara, masih ada pihak yang menangguk di air keruh dan meneruskan budaya fitnah dan adu domba.

Perbalahan lebih 60 tahun PAS dan Umno berakhir apabila kedua pihak menyedari pasca PRU 14 bahawa perpecahan ummah ini hanya menguntungkan pihak ketiga sehingga akhirnya maruah dan masa depan agama dan bangsa terancam.

Lantas atas kebesaran jiwa pimpinan kedua parti dan dorongan dari ahli-ahli dan jutaan umat Melayu di luar sana, termetrai kerjasama bersejarah dan dengan ini membei pengharapan besar pada rakyat Malaysia khasnya orang-orang Melayu.

Cameron Highlands dan Semenyih menjadi bukti hidup betapa kerjasama memartabatkan agama dan bangsa ini mampu merebah dan merobohkan musuh.

Fitnah dan adu domba bukan lagi modal yang boleh bawa kemenangan. Ukurannya kini adalah kejujuran dan keikhlasan. Dan dua ukuran ini kaya dalam jiwa orang-orang PAS dan Umno tetapi tandus dalam PH.

Dihari umat Melayu Islam melonjak gembira, pimpinan PH masih menggesek biola buruk untuk melagukan irama sumbang. Kesumbangan inilah telah melingkupkan mereka di Cameron Highlands dan Semenyih dan hari ini tokoh seumpama Kadir Jasin masih bermain api (rujuk akhbar The Star hari ini).

PAS gila harta dan kekayaan. PAS berkawan dengan Umno kerana wang dan imbuhan.

Umat Melayu Islam tidak rendah dan sebodoh sebagaimana kamu sangkakan. Tiuplah terus api permusuhan ini. Yang akan hangus nanti bukan PAS dan Umno tetapi kamu dan juak-juak petualang kamu yang telah mengkhianati perjuangan ummah.

 



Comments
Loading...