DARI FAIL SPRM Siri 8: Sogokan sebanyak RM22 juta untuk SPRM berhentikan penyiasatan terhadap kes projek terowong bawah laut Pulau Pinang


DAP in Crisis: The Penang Undersea Tunnel Corruption Scandal

Untuk menutup kes yang sebesar ini sebagai NFA (no further action), ianya memerlukan penglibatan dari pihak atasan seperti Perdana Menteri, Peguam Negara, Polis dan SPRM. Tanpa Mahathir, Tommy Thomas, PDRM dan SPRM, tidak mungkin kes sebesar ini dapat ditutup. Nasib Pakatan Harapan, atau khususnya Mahathir, bergantung kepada tertutupnya siasatan projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) setakat ini masih tidak menjelaskan mengapa mereka mengugurkan kes terhadap Menteri Kewangan Lim Guan Eng (juga bekas Ketua Menteri Pulau Pinang). Di dalam kenyataan Zarul Ahmad Mohd Zulkifli kepada SPRM, memang tidak meragui bahawa projek terowong bawah laut ini melibatkan rasuah yang berleluasa.

Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah melihat kertas siasatan SPRM dan telah membaca kenyataan Zarul. Malaysia Today telah menerbitkan tujuh siri setakat ini. Dan pada hari ini kami akan menerbitkan siri ke 8 kenyataan Zarul yang lebih terperinci (LIHAT DIBAWAH) tentang sogokan sebanyak RM22 juta untuk menutup siasatan SPRM.

Masalah yang dihadapi oleh Mahathir adalah jika dia membenarkan SPRM menyiasat Guan Eng, Mahathir akan kehilangan sokongan DAP dan Pakatan Harapan akan tumbang. Tanpa DAP, Mahathir tidak dapat berkuasa. Itulah sebabnya DAP membuat sesuka-hati dan Mahathir perlu akur, menutup kedua belah matanya dan berpura-pura tidak menyedari akan kes rasuah terowong bawah laut Pulau Pinang ini.

Kes rasuah projek terowong bawah laut Pulau Pinang tidak hanya melibatkan jumlah RM6.5 billion sahaja. Ia juga melibatkan tanah seluas 50 ekar di sepanjang Gurney Drive dimana nilai pembangunan kasarnya sebanyak RM15 billion. Walaupun Guan Eng memberi alasan bahawa projek terowong bawah laut diberikan secara tender terbuka, tetapi beliau tidak menjelaskan mengapa Zarul diberi tanah 50 ekar di Gurney Drive yang nilai pembangunan kasar RM15 billion sebagai ‘part-payment’.

Jadi, sekarang jumlahnya meningkat ke lebih kurang RM20 billion, bukan lagi RM6.3 billion. Guan Eng pula memang tidak dapat menjelaskan perkara ini kerana dia memang tidak ada cara lagi untuk menjelaskannya.

Untuk menutup kes yang sebesar ini sebagai NFA (no further action), ianya memerlukan penglibatan dari pihak atasan seperti Perdana Menteri, Peguam Negara, Polis dan SPRM. Tanpa Mahathir, Tommy Thomas, PDRM dan SPRM, tidak mungkin kes sebesar ini dapat ditutup. Nasib Pakatan Harapan, atau khususnya Mahathir, bergantung kepada tertutupnya siasatan projek terowong bawah laut Pulau Pinang.

Buat masa sekarang ini, Guan Eng, Zarul dan mereka yang terlibat dalam kes rasuah projek terowong bawah laut Pulau Pinang ini masih selamat. Tetapi, apa yang mereka memperkatakan terhadap Najib Razak, 1MDB, kleptokrasi, dan lain-lain ini, tidak bermakna sekiranya kes rasuah projek terowong bawah laut Pulau Pinang yang besar ini di tutup sebagai NFA atau pun sekurang-kurangnya  ‘KIV’ oleh mereka.

Gnanaraja Gnanasundram, ‘runner’ kepada Lim Guan Eng, ialah orang yang tolong tutupkan siasatan SPRM

Zarul membayar Gnanaraja rasuah sebanyak RM22 juta untuk  menolong Guan Eng menutup siasatan kes terowong bawah laut Pulau Pinang

Perbezaan pendapat di dalam politik tidak menghalang usaha seseorang dalam mencari kekayaan

Nazri Aziz telah menolong Zarul untuk mendapatkan projek terowong bawah laut Pulau Pinang dan telah menerima habuan yang besar

1. DARI FAIL SPRM: Guan Eng Telah Menerima Sogokan 10% Tetapi Peguam Negara Telah Mengkuburkan Kes Tersebut

2. DARI FAIL SPRM Siri 2: Bermulanya Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang Dengan Guan Eng

3. DARI FAIL SPRM Siri 3: Nazri Mainkan Peranan Utama Dalam Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

4. DARI FAIL SPRM Siri 4: Orang-Orang Yang Terlibat Dengan Rasuah Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

5. DARI FAIL SPRM Siri 5: Zarul Menyogok RM22 Juta Untuk Menutup Kes Rasuah Projek Terowong Bawah Laut Pulau Pinang

6. DARI FAIL SPRM Siri 6: Bila Dan Berapa Jumlah Sogokan Di Bayar Kepada Lim Guan Eng

7. DARI FAIL SPRM Siri 7: Zarul Berkata Dia Juga Membayar Nazri Aziz Sebanyak RM500,000

 



Comments
Loading...