Kejahilan orang DAP sudah terbukti


Wakil rakyat DAP mengatakan bahawa kejadian yang berlaku di New Zealand sepatutnya menjadi tauladan dan iktibar kepada rakyat Malaysia mengenai bahayanya keganasan. Chew Chong Sin menggunakan contoh penyatuan Umno dan PAS sebagai salah satu bahaya yang boleh mencetuskan keganasan. Ini adalah satu penghinaan bukan sahaja kepada orang Melayu dan orang Islam tetapi penghinaan kepada agama Islam itu sendiri. Islam mewajibkan perpaduan Ummah dan Silaturahim.
Chew Chong Sin menggunakan perpaduan ummah dan silaturahim ini sebagai contoh bahayanya keganasan. Sekiranya orang Islam menyentuh sedikit sahaja berkaitan dengan orang bukan Islam seperti kapur didahi atau serban mereka, orang bukan Islam ini akan melenting dan akan membuat laporan polis dan mendesak pihak berkuasa untuk mengambil tindakan yang sekeras-kerasnya. Ini baru sentuh sedikit sahaja, dah mereka anggap ianya sebagai satu penghinaan yang besar.
Bagaimana pula wakil rakyat DAP yang menghina Islam. Mengatakan bahawa, sekiranya orang Islam ini bersatu atau orang Islam ini berbaik sesama Islam ini dianggap negatif dan adalah satu bahaya kepada negara serta mampu untuk mengancam keselamatan negara. Mereka menganggap bahawa penyatuan Islam ini boleh menyebabkan ketenteraman negara Malaysia terancam.

(Malaysiakini) – A DAP assemblyperson has claimed that the massacre at two mosques in Christchurch, New Zealand, should serve as a lesson for Malaysia on the need to curb extremism.

In arguing his case, Chew Chong Sin also roped in the Umno-PAS alliance and the dangers posed by a narrative centred on race and religion.

“The alliance of Umno and PAS and their vigorous agitation on race and religion is totally irresponsible.

“It serves no benefit in the building of a new Malaysia and can also be taken advantage of by foreign terrorist groups…,” he added in a statement.

Since the last general election, the focus has shifted to issues concerning race and religion with Umno and PAS accusing the Pakatan Harapan of failing to safeguard Malay and Muslim interests.

 



Comments
Loading...