“Kenapa Ikut Pintu Belakang Yang Kotor, Tak Elok, Busuk,” kata PPBM
(Perak Today) – Noor Azmi Ghazali (PH-Bagan Serai) membidas golongan Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender (LGBT) ketika membahaskan usul titah diraja di Dewan Rakyat, hari ini.
Bekas ahli parlimen Umno yang berpaling tadah dan menyertai Bersatu pada November tahun lalu itu, juga menggesa kerajaan untuk mengurangkan jumlah golongan LGBT di negara ini.
“Pada tahun 1980an, HIV disebarkan kerana cucuk dadah ini. Sehingga ada 60,000 hingga 70,000 orang yang menghidap HIV.
“Tetapi hari ini, wujudnya HIV disebabkan oleh amalan LGBT ataupun disebut MSM – Man Sex with Man. Ini adalah satu naluri songsang, satu perbuatan jijik yang kita dapat lihat hari ini.
“Saya ibaratkan kita buat rumah, buat rumah pintu kat depan, pintu itu cantik, pintu itu lawa, kita cat dia, kita buat ukiran pada dia, sembur minyak wangi pada dia, kita masuk rumah ikut pintu depan.
“Kenapa ikut pintu belakang? Pintu belakang itu kotor… tak elok dan busuk. Ini kesalahan hari ini yang dikatakan naluri yang songsang,” katanya.
Noor Azmi berkata tingkah laku itu tidak dibenarkan di dalam Islam dan boleh mengundang kemurkaan Allah.
“Ini perbuatan yang haram… Allah telah menghukum dan telah memberikan hujan batu yang membakar… Apa LGBT ini?
“Inilah dikatakan lesbian, gay. Di tempat saya panggil jantan kokak jantan ataupun betina kokak betina. Ini faham orang kampung punya cerita.
“Saya nak tanya kerajaan, apa tindakan kerajaan seterusnya untuk melarang, menurunkan kadar LGBT di negara ini khususnya. Dan sekali lagi saya nak terangkan, saya nak nyatakan, bahawa Bagan Serai tentang sekeras-kerasnya LGBT di negara ini,” katanya.
Noor Azmi mengulas pada perarakan perhimpunan Hari Wanita pada 9 Mac lalu yang menyaksikan beberapa peserta LGBT hadir bersama pada majlis tersebut.
Menurut penganjur, pengkritik dan mereka yang membidas sambutan Hari wanita itu terlalu memberi perhatian terhadap kehadiran sebilangan peserta LGBT tetapi gagal menghyatai tujuan utama perarakan berkenaan diadakan.
Antaa tuntutan mereka termasuk penghapusan keganasan berdasarkan jantina dan orientasi seksual; larangan terhadap perkahwinan kanak-kanak; memastikan hak wanita ke atas tubuh dan kehidupan mereka sendiri dan gaji minimum RM1,800.