Kisah sebenar di sebalik perkahwinan antara Umno dan PAS
Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pernah berkata bahawa kewujudan PAS ini adalah disebabkan oleh Umno yang tidak mahu melaksanakan agenda Islam. Jika Umno bersetuju untuk melaksanakan agenda Islam, maka PAS tidak diperlukan lagi. PAS boleh tutup dan kesemua ahlinya boleh menyertai UMNO.
THE CORRIDORS OF POWER
Raja Petra Kamarudin
Wong Chun Wai: penulis pro-DAP anti-PAS
Wong Chun Wai boleh dianggap sebagai seorang ‘wartawan yang berpengalaman’. Tetapi ini tidak bermaksud yang seorang wartawan yang berpengalaman tidak akan berat sebelah atau bersikap perjudis. Penulisan Chun Wai yang terbaru, ‘Marrying when it’s convenient’, menunjukkan bahawa dia adalah pro-DAP dan anti-PAS. (Sila baca penulisannya di sini).
Ada orang yang menyuruh saya bersikap sebagai wartawan yang ‘berkecuali’ dan tidak berat sebelah. Saya bukan wartawan, saya adalah aktivis politik yang pro-PAS semenjak dari tahun 1977 lagi. Pada tahun 1995, saya telah menjadi penulis internet (dimana sekarang ini dipanggil blogger). Jadi, kenapa pula saya kena jadi ‘neutral’? Aktivis politik seperti Hishamuddin Rais dan Chun Wai tidak pula ‘neutral’. Tetapi, Raja Petra Kamarudin pula kena jadi ‘neutral’.
Ini apa yang ditulis oleh Chun Wai:
It was a marriage doomed from the start (Umno-PAS marriage). Correction: PAS was married to Barisan Nasional for five years from 1974 and with Barisan Alternatif (which included PKR and DAP) from 1999 till 2004. PAS is a serial divorcee with a bad record of staying in a marriage.
To put it crudely, PAS slept with practically everyone including those it had branded “kafir” (infidels) and this even included Umno at one point. But now, Hadi apparently has amnesia, and is proclaiming Umno a brother. His argument is that a marriage (with Umno) will be incestuous, though flirting is permitted.
(Artikel selanjutnya boleh dibaca pada link di atas).
‘13 Mei’ Kelantan terjadi pada tahun 1977
Pertama sekali, PAS menyertai Barisan Nasional pada 1973, bukannya 1974. Selepas itu, pada tahun 1977 (empat tahun selepas itu, bukannya lima tahun), PAS telah di singkirkan dari Barisan Nasional disebabkan krisis di Kelantan, yang mengakibatkan rusuhan.
Krisis Kelantan ini (atau dikenali sebagai ‘Darurat Kelantan’) tercetus apabila Menteri Besar PAS Kelantan, Muhamed Nasir, enggan meletak jawatan selepas undi tidak percaya ke atasnya diluluskan di Dewan Undangan Negeri Kelantan.
Disebabkan itu, PAS dan Umno menjadi ‘musuh’. Pada bulan Mac 1978, Pilihan Raya Negeri telah diadakan, empat bulan sebelum Pilihan Raya Umum (PRU5) pada bulan Julai 1978 dan PAS telah kehilangan negeri Kelantan. Berapa ramai yang tahu, Pilihan Raya Negeri Kelantan diadakan pada bulan Mac tahun 1978 dan Pilihan Raya Umum pula pada bulan Julai disebabkan oleh kejatuhan kerajaan negeri?
Muhamed Nasir digulingkan di Dewan Undangan Negeri Kelantan melalui undi tidak percaya tetapi dia enggan meletakkan jawatan
Punca berlakunya semua ini (undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, kejatuhan Kerajaan Negeri Kelantan, pilihan raya negeri yang dibuat beberapa bulan sebelum PRU5, dan lain-lain) disebabkan oleh konflik dalaman yang menyebabkan PAS berpecah. Menteri Besar Muhamed Nasir yang digulingkan itu telah menubuhkan parti ‘serpihan PAS’ yang baru, Barisan Jemaah Islamiah Se-Malaysia atau Berjasa. Kebanyakan rakyat Malaysia, terutama orang Cina, tidak pernah mendengar mengenainya.
Chun Wai tidak memberikan gambaran yang jelas berkenaan al-kisah “PAS bercerai dengan Barisan Nasional”. Yang sebenarnya bukanlah PAS yang meninggalkan Barisan Nasional tetapi PAS yang ditendang keluar kerana berlakunya darurat di Kelantan. Generasi yang lama pastinya ingat tentang kejadian di mana mereka terpaksa diperintah berkurung, askar yang memenuhi bandar, kebakaran, dan Cina lari keluar dari negeri Kelantan ke tempat yang lebih selamat.
Krisis Kelantan Tahun 1977
Kelantan tidak merasai peristiwa ‘13 Mei’ sepertimana berlaku di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Tetapi mereka mengalami peristiwa ‘Krisis Kelantan 1977’, walaupun ia bukannya pergaduhan diantara Melayu dan Cina tetapi sesama Melayu sendiri.
Chun Wai juga berkata “PAS slept with practically everyone.”
Betul, memang PAS menyertai Barisan Nasional pada tahun 1973 selepas Perdana Menteri Tun Razak Hussein menjemput SEMUA parti politik Malaysia untuk menyertai gabungan baru yang dibentuk selepas terjadinya peristiwa ‘13 Mei’ — demi untuk perpaduan negara dengan bertujuan mengelakkan berlakunya lagi peristiwa ‘13 Mei’ atau ‘13 Mei 2.0’
Tujuan PAS untuk menyertai Barisan Nasional adalah mulia dan juga ikhlas — untuk mengelakkan terjadinya lagi rusuhan diantara kaum. Tetapi, empat tahun selepas itu, Umno yang menendang PAS keluar dari Barisan Nasional kerana berlakunya Krisis Kelantan 1977.
Apa yang dikehendaki oleh PAS hanyalah untuk Menteri Besar, Muhamed Nasir, meletak jawatannya kerana undi tidak percaya telah pun diluluskan terhadapnya di Dewan Undangan Negeri.
Nik Aziz berkata jika PAS dan Umno boleh berkongsi pendapat yang sama terhadap agenda Islam, mereka boleh berkongsi tempat tidur
Allahyarham Tok Guru Nik Aziz Nik Mat pernah berkata bahawa kewujudan PAS ini adalah disebabkan oleh Umno yang tidak mahu melaksanakan agenda Islam. Jika Umno bersetuju untuk melaksanakan agenda Islam, maka PAS tidak diperlukan lagi. PAS boleh tutup dan kesemua ahlinya boleh menyertai UMNO.
Itulah apa yang dikatakan oleh Nik Aziz, seorang yang Lim Kit Siang dan DAP menganggap sebagai pemimpin yang hebat dan orang yang dihormati oleh kaum Cina. PAS wujud hanya kerana satu satu sebab. Dan jika Umno boleh berkongsi sebab yang sama, maka PAS dan Umno boleh berkongsi tempat tidur yang sama. Itulah apa yang Nik Aziz cakap, bukannya saya yang cakap.
DAP dan bukan PAS yang keluar dari Barisan Alternatif pada 2001 (seperti tuduhan Chun Wai) dan DAP yang tendang PAS keluar dari Pakatan Rakyat (bukan PAS yang keluar, seperti tuduhan Chun Wai)