Mahathir terkejut Pak Wan buktikan kereta terbang bukan sekadar cakap


Kesungguhan beliau itu dibuktikan apabila menampilkan prototype air mobility dikenali sebagai Vector yang merupakan hasil rekaan syarikat tempatan sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi (LIMA) di Langkawi semalam.

(Utusan) – Ia dibangunkan secara design dan engineering oleh Aerodyne Sdn. Bhd. yang menyediakan perkhidmatan penyelesaian berintegrasi berasaskan dron.

“Reka bentuk Vector yang dibangunkan khas ini dilihat bakal menjadi penanda aras dalam pembangunan ‘aerocar’ (kereta terbang) pada masa hadapan.

“Ini sedikit sebanyak menyuntik semangat syarikat tempatan untuk bersaing dalam pasaran teknologi antarabangsa selain membuktikan anak tempatan juga boleh berjaya dan bersaing di peringkat antarabangsa,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Malah usaha Mohd. Redzuan itu mendapat maklum balas positif daripada Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang hadir melihat sendiri ‘prototype air mobility’ yang terletak di Pavilion Kementerian Pembangunan Usahawan (MED) pada pameran LIMA tersebut.

Perdana Menteri yang diiringi oleh Mohd. Redzuan meluangkan masa lebih 20 minit di Pavilion MED yang turut menempatkan 12 usahawan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) dalam bidang pembuatan industri dan aeroangkasa.

“Langkah berani yang dilakukan anak tempatan dalam bidang pembangunan aeroangkasa hari ini merupakan antara visi dan usaha penting bagi memastikan langkah Malaysia seiring dengan negara maju lain di rantau Asia Pasifik,” kata Dr. Mahathir.

LIMA’19 kali ini menyaksikan penyertaan sebanyak 406 syarikat berkaitan pertahanan dan entiti komersil dari 32 negara melibatkan 206 syarikat tempatan dan 200 syarikat antarabangsa.

Edisi ke-15 LIMA kali ini dianjurkan bersama EN Projects (M) Sdn. Bhd., Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pengangkutan.

 



Comments
Loading...