Rasuah terowong Pulau Pinang: Kerajaan PH perlu jawab persoalan ini semua


Najib Tun Razak

DAP in Crisis: The Penang Undersea Tunnel Corruption Scandal

Pagi ini, seorang ahli perniagaan, G Gnanaraja didakwa di mahkamah dengan tiga tuduhan atas kesalahan menerima RM19 juta dari pemilik syarikat yang dianugerahkan projek mega terowong Pulau Pinang kononnya sebagai bayaran untuk menutup siasatan rasuah SPRM.

Menariknya, butiran pada kertas pendakwaan rasmi hari ini adalah 100% sepadan dengan apa yang pernah didedahkan oleh blogger RPK pada bulan lepas,

Pada masa itu, RPK membuat pendedahan dengan memaparkan dokumen SPRM yang dikatakan kertas siasatan dalam SPRM.

DAP In Crisis: The Penang Undersea Tunnel Corruption Scandal

Bagaimanapun pada bulan lepas, Kerajaan PH dan Lim Guan Eng tegas beberapa kali menuduh RPK telah menipu dalam isu ini.

Jika benar bahawa RPK menipu dalam isu ini dan kertas siasatan SPRM tidak sahih, mengapa semua butiran terperinci termasuk tarikh wang di bayar, tempat wang di bayar, siapa pemberi, siapa penerima, pecahan serta berapa kali bayaran dibuat dan bank penghantar dengan bank penerima termasuk nombor akaun bank telah berpadanan hingga 100%?

Jika kertas siasatan yang dibongkarkan oleh RPK itu sekarang terbukti sahih maka adakah bukti-bukti dari dokumen yang sama bahawa pemimpin kanan DAP menerima rasuah serta 10% kepentingan dalam projek terowong juga adalah benar dan mereka sepatutnya didakwa seperti G Gnanaraja, pagi ini?

Apakah Rule of Law negara ini? Atau ada yang menentukan pendakwaan berpilih?

Kerajaan PH perlu jawab persoalan ini semua.

 



Comments
Loading...