TMJ sindir Syed Saddiq geng pelangi


(Utusan) – Bagai berpantun, kalau ada yang menjual, pasti ada yang membeli.

Begitulah keadaannya melibatkan dua tokoh pemimpin dari selatan tanah air iaitu Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Kedua-dua tokoh itu saling berbalas ciapan di Twitter selepas Exco Pemuda UMNO, Wan Muhammad Azri Wan Deris berkongsi video pendek Tunku Ismail mengoyakkan tisu lalu mengaitkannya dengan Syed Saddiq.

Syed Saddiq membalas ciapan tersebut dengan keterangan: “Jangan tukar kapal kalau enjin masih berfungsi dengan baik”.

Ia dipercayai merujuk kepada kenyataan Tunku Ismail melalui laman Facebook Johor Southern Tigers kira-kira setahun lalu. Dalam kenyataan yang dikeluarkan sebulan sebelum Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) itu, baginda berpesan kepada rakyat Johor supaya tidak menukar kapal yang enjinnya masih boleh berfungsi dengan baik, dipercayai merujuk kepada kerajaan ketika itu.

“Jangan tukar kapal jika enjin masih berfungsi dengan baik. Ja­ngan menukar nakhoda kapal tetapi be­narkan sultan saya dan saya membim­bing nakhoda tersebut demi anda.

“Ubah dan pertingkatkan apa yang perlu diubah dan apa yang perlu dipertingkatkan untuk ne­geri dan negara tercinta,” kata baginda.

Ciapan Syed Saddiq itu kemudiannya dibalas oleh Tunku Ismail yang menyindir Ahli Parlimen Muar itu. Kata baginda, siapa gigit cili dia terasa pedas.

“Eh…pakai tisu lap hidung pun ada orang terasa ke? Siapa gigit cili dia terasa pedas.

“Cepatlah sikit republikkan negara ini. Jangan kecewakan bendera pelangi anda,” kata baginda.

 



Comments
Loading...