Kula Segaran belum setahun jadi Menteri ada aset RM8.5 juta


(Abu Leman) – Menteri Sumber Manusia Kulasegaran mengkritik pembelian rumah berharga RM10 juta oleh bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Mohamad Hasan (Tok Mat) suatu ketika dulu.

Tambah Kula lagi, kita di sini pun tak layak nak beli rumah sambil mempersoalkan di mana Tok Mat yang pernah menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 15 tahun dapat wang sebanyak itu.

Namun setelah meneliti portal pengisytiharan harta SPRM kami mendapati aset Kulasegaran yang diisytiharkan adalah berjumlah RM8.5 juta!

Adakah Kula memiliki rumah yang berharga juta-juta juga? Dari mana datang wang yang berjuta-juta ini?

Kula baharu menjadi menteri tidak sampai setahun, adakah dalam masa beberapa bulan ini beliau boleh mengumpulkan aset begitu cepat hingga RM8.5 juta?

Adakah Kula juga pernah menajawat jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat Mercedez Benz seperti Tok Mat juga?

Gaji Kulasegaran sebulan adalah RM53,000! Hanya bermodalkan ceramah rasis untuk mendapatkan gaji sebesar ini. Pun begitu jika 10 bulan menabung baru mencecah RM530,000. Dari mana datang aset RM8.5 juta?

Itu yang telah diisytiharkan, belum tahu jika masih ada yang belum diisytiharkan.

Netizen menasihatkan kepada Menteri Sumber Manusia supaya gunakanlah kesempatan ketika berkempen untuk menerangkan polisi parti dan kemajuan yang akan dibawa kepada pengundi di sana.

Bukan ceramah rasis untuk memancing undi. Apatah lagi ceramah rasis begitu akan menjarakkan lagi hubungan antara kaum. Jika terjadi pergaduhan atau peperangan antara kaum, siapa yang susah?

 



Comments
Loading...