YB Jelutong, Sila Tunjuk Bukti!


P. Kamalanathan

Saya telah menerima email daripada penyokong YB RSN Rayer, Jelutong yang memberikan “print screen” komunikasi YB Rayer dengan salah seorang rakyat yang beliau telah berkongsi senarai-senarai sekolah yang sedang dan telah dibina oleh Kerajaan Negeri Pulau Pinang. (Print screen Message berkenaan saya sertakan dalam posting ini).

Saya pun mengambil inisiatif untuk menghantar email untuk meminta YB Rayer untuk memberikan pencerahan kepada saya dan kepada rakyat akan kebenaran mengenai senarai sekolah yang telah dimaksudkan oleh YB Rayer. Saya rasa YB Rayer harus mengambil sikap bertanggungjawab dalam isu ini, jika tidak saya akan mengadakan sidang media dalam masa terdekat untuk membongkarkan penipuan YB Rayer.

 



Comments
Loading...