Robert Kuok adalah agen China
Hari ini, Robert Kuok masih bertindak sebagai agen China. Dan apa sahaja perjanjian diantara Malaysia dan China akan menguntungkan China dan akan membantu China menjadi lebih kaya. Abang Robert Kuok cuba untuk membawa Malaysia di bawah penguasaan China dengan menggunakan senjata api dan peluru, tetapi akhirnya dia ditembak mati. Sebaliknya, Robert Kuok berjaya membawa Malaysia di bawah takluk China melalui penguasaan ekonomi.
NO HOLDS BARRED
Raja Petra Kamarudin
Peguam Robert Kuok yang bernama Cecil Abraham sedang cuba untuk menutup mulut saya. Dia mahu saya berhenti menulis tentang Robert Kuok, seorang Cina yang dilantik ke Council of Eminent Persons (CEP) oleh Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menguruskan apa sahaja “deal” dengan Komunis China.
Kenapa Robert Kuok? Kerana Robert Kuok mempunyai hubungan rapat dengan Komunis China dan dia boleh mempengaruhi China. Malah, abangnya adalah pengganas Komunis yang telah ditembak mati semasa berperang dengan Kerajaan Malaya.
Tabik, BossKu
Abang Robert Kuok sama sahaja seperti pengganas yang membunuh lebih dari 300 orang di Sri Lanka baru-baru ini. Bezanya adalah pengganas di Sri Lanka membunuh lebih dari 300 orang, tetapi pangganas Komunis Malaya membunuh dan mencederakan hampir 10,000 orang.
Jadi, Robert Kuok dan abangnya sama sahaja. Cuma, abangnya menggunakan senjata seperti peluru, manakala Robert Kuok pula menggunakan senjata yang lebih berkesan, iaitu senjata ‘duit’, untuk menjatuhkan kerajaan Melayu.
1. Robert Kuok’s Brother Was A Communist Terrorist
2. Robert Kuok Suing Raja Petra Again
3. My Reply To Robert Kuok’s Legal Letter
4. Mahathir Warns Malays About The Dangers Of Allowing Chinese Into Malaysia
5. China’s regional dominance worrying, says Dr Mahathir
Cecil Abraham berkata yang saya telah melakukan fitnah dan mereka boleh menyaman saya.
Apa yang fitnahnya? Dari setiap jam ke setiap hari selama 1,600 hari semenjak Disember 2014 lagi, mereka telah menuduh Najib Tun Razak sebagai pencuri. Dan dari tiap-tiap jam dan tiap-tiap hari selama 1,600 hari mereka menfitnah Najib. Jadi apa yang fitnah Cecil Abraham katakan ni? Dia ni mabuk ke apa?
Abang Robert Kuok adalah pengganas Komunis dan mati ditembak
Abang Robert Kuok menggunakan senjata seperti pistol dan peluru (dan kadang-kadang menggunakan bom) untuk cuba menjatuhkan kerajaan Melayu yang telah dipilih secara sah. Robert Kuok pula menggunakan senjata duitnya untuk membuat perkara yang sama. Dia membiayai DAP, PKR dan Pakatan Harapan. Malah, dia memberi Nurul Izzah Anwar sebanyak RM250,000 untuk majlis perkahwinannya. Duit yang kotor tidak akan ada fengshui yang elok, disebabkan itu perkahwinan Nurul berakhir dengan penceraian kerana suaminya menangkap dia dengan lelaki lain yang jauh lebih muda.
DAP adalah anti-Umno, anti-Melayu, anti-Islam, anti-Raja-Raja Melayu, anti-Sharia, anti-Hudud, anti-Bahasa Melayu, anti-DEB dan banyak lagi. Sama juga dengan PKM (Parti Komunis Malaya) yang abang Robert Kuok memperjuangkan sehingga meragut nyawanya sendiri.
Robert Kuok telah berurusan dengan Komunis China semenjak dahulu lagi, sebelum wujudnya perjanjian damai antara PKM dengan kerajaan Malaysia yang ditandatangani pada tahun 1989. Pada masa itu, China secara rasminya masih berperang dengan Malaysia dan Robert Kuok pula adalah agen mereka.
Robert Kuok berjaya manakala KPM dan abangnya telah gagal
Selepas Vietnam Selatan jatuh dan Vietnam Utara dan Vietnam Selatan bersatu pada tahun 1976, Malaysia telah membuat hubungan diplomatic dengan Vietnam Baru. Vietnam ketika itu meminta maaf kepada Malaysia kerana menyokong Pengganas Komunis dan berkata mereka berbuat demikian kerana mendapat arahan dari China.
Vietnam mengaku yang China mengarahkan mereka untuk membantu KPM untuk menjatuhkan kerajaan melalui pemberontakan bersenjata. Genjatan senjata berlaku pada tahun 1989, 13 tahun kemudiannya, dan KPM menandatangani perjanjian damai dengan Malaysia.
Selama itu, Robert Kuok adalah agen China dan dia telah pun membuat kekayaan berbilion ringgit. Jadi, adakah kamu mengatakan kesemua ini adalah fitnah? Kesemua ini adalah tidak benar? Bahagian mana yang dikatakan tipu tu?
Robert Kuok membantu Pakatan Harapan untuk membawa Malaysia di bawah domininasi China
Hari ini, Robert Kuok masih bertindak sebagai agen China. Dan apa sahaja perjanjian diantara Malaysia dan China akan menguntungkan China dan akan membantu China menjadi lebih kaya. Abang Robert Kuok cuba untuk membawa Malaysia di bawah penguasaan China dengan menggunakan senjata api dan peluru, tetapi akhirnya dia ditembak mati. Sebaliknya, Robert Kuok berjaya membawa Malaysia di bawah takluk China melalui penguasaan ekonomi.
Disebabkan saya mendedahkan itu semua, Cecil Abraham hendak menyaman saya? Kalau begitu, samanlah. Saya pun suka untuk cerita ini ketahui semua. Barulah 20 juta Melayu akan tahu bagaimana ‘tycoon’ Cina ini menjadi kaya dengan hasil titik peluh orang Melayu, terutama sekali Melayu di penempatan Felda, dan bagaimana mereka menggunakan berbilion-bilion yang mereka buat dengan menyerang Melayu, Islam, Raja-Raja Melayu, Bahasa Melayu, DEB, Sharia dan Hudud.