Mazlan Aliman Wajib Bertanggungjawab Atas Penipuan Dan Penginayaan Kepada Warga Felda
(blusamurai.blogspot) -Siapa yang masih ingat akan kata-kata, “sebaik Pakatan Harapan menang Pilihan Raya Umum ke 14 ini, semua hutang para peneroka akan dihapuskan sama sekali. Malah, elaun sara hidup tuan-tuan dan puan-puan akan dinaikkan”? Bukankah ini ayat Mazlan Aliman, bekas Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK).
Walaupun tidak keseleruhan warga peneroka Felda mempercayai kata-katanya, sebahagian yang memberi mandat kepada Pakatan Harapan untuk memeritah penggal inilah yang menyebabkan pelbagai kesengsaraan warga Felda yang selama 9 tahun berturut-turut di bawah pentadbiran Datuk Seri Haji Mohd Najib, kehidupan mereka amat tenang dan mewah.
Jika dahulu harga sawit boleh mencecah hingga RM 380 se tan metrik, hari ini untuk cecah angka RM 270 se tan matrik begitu susah. Di tambah bebanan hutang yang meningkat serta kos sara hidup yang semakin tinggi, apalah daya warga Felda meneruskan kehidupan seharian seperti biasa dengan hanya gaji tidak sampai RM 500?
Perkara ini seolah-olah langsung tidak diendahkan oleh kerajaan Pakatan Harapan. Apa yang mereka tahu hanyalah menuduh Datuk Seri Mohd Najib menggunakan wang Felda untuk kelangsungan politik. Malah, Datuk Seri Azmin Ali sendiri seolah-olah lepas tangan apabila mendakwa, nasib peneroka hari ini disebabkan keborosan kerajaan BN sebelum ini.