Rafizi, Felda cari kau ni, mana pulak kau pergi?


Malaysia tidak akan bertukar menjadi syurga seperti mana janji-janji manis Rafizi kepada peneroka Felda. Jalan raya di Felda masih lagi menggunakan ‘Tar’ dan belum lagi (atau tidak akan) diturap dengan emas seperti yang dijanji oleh Rafizi. Malah, Rafizi juga sudah hilang dan tidak muncul-muncul semenjak tahun lepas lagi.

THE CORRIDORS OF POWER

Raja Petra Kamarudin

Tony Pua yang mewakili DAP kerjanya adalah menghasut pengundi terutamanya kaum Cina dengan membuat pertuduhan bahawa Najib Tun Razak kononnya mencuri duit 1MDB sebanyak RM42-52 bilion. Lim Guan Eng pula kerjanya menghasut berkaitan dengan GST dan bagaimana perlaksanaan GST ini membuatkan kos sara hidup di Malaysia menjadi tinggi. Manakala Rafizi Ramli dari PKR pula berkempen di kawasan Felda. Di mana, kawasan Felda ini mempunyai sebanyak 54 daripada 222 kerusi di parlimen dan majoriti pengundinya adalah peneroka Felda.

Rafizi sendiri mengakui bahawa dia akan berkempen di dalam penempatan Felda sekurang-kurangnya satu tahun yang bermula dari 2017, setiap hari tanpa gagal ataupun tanpa rehat sehingga tibanya Hari Mengundi pada 9 Mei 2018. Rafizi akan menyerahkan 54 kerusi Felda kepada Pakatan Harapan dan akan memastikan bahawa Umno dan Barisan Nasional digulingkan selepas 61 tahun berkuasa.

Untuk meraih undi di 54 kerusi Felda ini, Rafizi menghasut dan menyakinkan peneroka-peneroka Felda betapa buruknya hidup di bawah Umno-Barisan Nasional dan bagaimana kehidupan yang akan bertambah lebih baik dan indah di bawah Pakatan Harapan. Secara ringkasnya, Malaysia akan menjadi syurga dunia dan jalan raya akan diturap dengan emas apabila Pakatan Harapan mengambil alih.

Itu cerita tahun lepas sebelum 9 Mei 2018. Selepas Mei 2018, 54 kawasan Felda ini tidak lagi di lawati atau di kunjungi oleh Rafizi, tidak macam dulu dimana tiap-tiap hari tak kisah samada hujan atau pun panas, Rafizi akan sentiasa ada. Semenjak dari Mei 2018 jugalah Rafizi telah MIA (Missing In Action). Peneroka Felda tidak lagi dapat berjumpa jangan katakan batang hidung Rafizi, bayang-bayang dia pun tidak lagi kelihatan.

Rafizi, mana kau menghilang? Dulu tiap-tiap hari kau berkampung dekat sini. Sekarang, jangan kata batang hidung, bayang kau pun tak nampak!

Malaysia tidak akan bertukar menjadi syurga seperti mana janji-janji manis Rafizi kepada peneroka Felda. Jalan raya di Felda masih lagi menggunakan ‘Tar’ dan belum lagi (atau tidak akan) diturap dengan emas seperti yang dijanji oleh Rafizi. Malah, Rafizi juga sudah hilang dan tidak muncul-muncul semenjak tahun lepas lagi.

Dan ini membuatkan peneroka-peneroka Felda menjadi marah. Mereka menyesal mengundi Pakatan Harapan. Mereka merasa ditipu dan diperbodohkan oleh Rafizi. Dan mereka berkata dalam PRU akan datang atau pun PRU15, mereka tidak akan mengundi lagi Pakatan Harapan.

Ringkas cerita, peneroka Felda sekarang ini kesal kerana termakan dengan janji-janji manis yang di hidangkan kepada mereka. Pepatah Melayu berbunyi : sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. Satu lagi pepatah Melayu berbunyi : jangan MacMicheal kan kami. Mereka yang tahu dengan sejarah Malayan Union akan tahu apa maksudnya. Kini, peneroka Felda telah mengubahkannya menjadi : Jangan Rafizi kan kami.

 



Comments
Loading...