Mat Sabu Jadi Bahan Ketawa


(MKINI) – Baru-baru ini, video ceramah Menteri Pertahanan Muhammad Sabu di Persidangan Dialogue IISS Shangri-La Singapura jadi bahan ketawa pada netizen.

Ini ekoran netizen mempersoal kemahiran dan kelancaran Muhammad Sabu di pentas dialog antarabangsa untuk menjawab soalan dengan baik dalam Bahasa Inggeris.

Namun ada juga yang berkata, Mat Sabu sememangnya berkemahiran berbahasa Inggeris yang asas dan sengaja tidak berkemahiran supaya rahsia ketenteraan tidak diketahui peserta persidangan.

Ada juga beberapa netizen yang memuatnaik video ceramah di majlis yang sama pada tahun 2014 oleh Bekas Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussain untuk membanding kedua menteri terbabit.

“Pandangan ini bakal menjadi tumpuan utama pada masa akan datang kerana ia menimbulkan cabaran besar. Jenayah maritim, keganasan dan keselamatan siber adalah cabaran utama yang perlu ditangani dengan sewajarnya,” kata beliau ketika berkongsi perspektifnya mengenai tajuk “Asia’s Evolving Security Order and Its Challenges” pada sesi pleno Dialog Shangrila-la IISS ke-18 2019

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...