YB JOHARI ABDUL BUAT KENYATAAN BODOH YANG BOLEH MEROSAKKAN PERPADUAN SESAMA PARTI-PARTI KOMPONEN PH DI NEGERI KEDAH!!


Kenapa yb johari abdul buat kenyataan yang boleh merosakkan reputasi kerajaan PH negeri kedah?!

Beliau sudah lama jadi ahli parlimen sg petani dan kenyataan seperti ini tidak harus dikeluarkan oleh salah seorang pemimpin senior PH di kedah.

Apa yang cuba dinyatakan atau diketengahkan oleh yb johari abdul ini?! Kenyataan begini boleh mengguriskan perasaan sesama kawan!!

Apa maksud yb johari abdul bila keluarkan kenyataan sedemikian rupa? Kerajaan PH negeri kedah yang diterajui oleh dato seri mukhriz tun mahathir tak buat kerja di negeri jelapang padi selama ini?!

Atau adakah maksud yb johari abdul itu membawa erti menteri besar kedah masakini tak mampu nak selesaikan masalah-masalah rakyat di negeri tersebut?!

Dalam kenyataan ini juga yb johari abdul kata beliau sedang susun program ‘roadshow’ di kedah untuk mendapat input permasalahan rakyat secara terus dari rakyat!!

Sekiranya saya sudah lama menjawat jawatan ahli parlimen di kedah; saya tak perlu buat kajian lagi!! Sudah pasti saya sudah mahir dan mengetahui pelbagai permasalahan rakyat di kedah!!

Tak perlu buang masa untuk menjelajah seluruh negeri kedah lagi tetapi terus bekerja tanpa banyak bercakap!!

Saya rasa yb johari abdul kurang cerdik!! Kenyataan beliau melambangkan seolah-olah dia pun tak buat kerja!!

Sebab itu yb johari abdul baru nak anjur siri penjelajahan ke seluruh negeri kedah untuk mendengar permasalahan rakyat!!

Setiap fakta-fakta permasalahan rakyat di kedah sepatutnya sudah direkodkan dalam ‘kepala otak’ yb johari abdul kerana beliau bukan pemimpin baru di kedah!!

Kenyataan-kenyataan yang seperti ini tidak harus dikeluarkan oleh mana-mana pemimpin senior PH!!

Perbuatan dangkal seperti ini boleh merosakkan imej PH secara menyeluruh!!

Kita semua di bawah satu bumbung PH seharusnya berganding bahu untuk saling bantu membantu sekiranya terdapat apa saja kelemahan dalam jentera pentadbiran PH!!

Kita bukan nak bersaing sesama sendiri!! Kenapa yb johari abdul bodoh sangat?!

Majlis presiden PH harus menegur mana-mana pemimpin yang mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang boleh mengganggu-gugat perpaduan sesama kita seterusnya merosakkan imej PH.

Kalau yb johari abdul rasa beliau pandai sangat; pergilah jumpa menteri besar kedah untuk melontarkan apa saja cadangan bernas beliau kearah sama-sama memperkuatkan mutu pentadbiran kerajaan PH negeri kedah!!

Inilah masalah dengan kalangan tertentu di dalam PH yang mempunyai agenda kepentingan diri!!

Mereka seharusnya meletakkan agenda PH serta kepentingan rakyat di atas segala-galanya untuk jaminkan PH terus cemerlang, gemilang dan terbilang di sanubari rakyat jelata!!

Ikhlas dari;
KHAIRUDDIN ABU HASSAN
Penyelaras Parlimen Jasin

 



Comments
Loading...