Guan Eng salah guna kuasa lulus pengecualian cukai kumpulan Kristian?


(nthqibord) – BARU-baru ini, Kementerian Kewangan dipercayai meluluskan pengecualian 50 peratus cukai keuntungan harta tanah yang dipohon oleh Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang.

Perkara itu didedahkan oleh sebuah halaman Facebook, Malaya Voice yang berkongsikan sepucuk surat yang didakwa dikeluarkan oleh kementerian itu sebagai jawapan balas terhadap permohonan kumpulan agama tersebut.

Kandungan surat bertarikh 16 Mei 2019 tersebut menyatakan bahawa Menteri Kewangan selaras dengan peruntukan di bawah Seksyen 9(3A) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976 bersetuju mengecualikan cukai keuntungan harta tanah sebanyak 50%kepada Kumpulan Penyebaran Agama Kristian Pulau Pinang ke atas keuntungan yang diperoleh bagi pelupusan harta tanah Geran (first Grade) No.183, Lot No.609, Seksyen 16, Bandar Georgetown, Daerah Timur Laut, Pulau Pinang.

Kesahihan surat tersebut tidak dapat dipastikan tetapi jika benar, Menteri Kewangan Lim Guan Eng mungkin menyalahguna kuasa untuk memberi pelepasan cukai kepada pertubuhan agama tersebut.

READ MORE HERE

 



Comments
Loading...