Kesilapan Besar Latheefa-Guan Eng


Yang penting sekali, dari 408 orang dari Umno dan Barisan Nasional itu, berapa ramai yang sudah berpaling tadah dan sekarang ini bersama Pakatan Harapan? Adakah disebabkan itu hanya 41 nama sahaja yang keluar bukannya 408? Dan ada dikalangan dari 367 nama itu telah pun diperas ugut, jadi itulah sebabnya mereka hanya mengejar 41 orang manakala 367 orang itu tidak disentuh?

NO HOLDS BARRED

Raja Petra Kamarudin

1. Why Was The MACC List Reduced From 408 Names To Just 41?

2. Ada Lagi Senarai Terima Wang 1MDB

3. Bung Persoal SPRM Berhubung Kehilangan Senarai Penerima Dana 1MDB

4. MACC Dep Chief: More Entities Received 1MDB Monies Than 41 Named So Far

5. MACC’s Warning To The Anwarists

*************************************************************************

Masalah dengan ahli politik adalah mereka suka sangat mengadakan sidang akhbar, mengeluarkan kenyataan akhbar, dan bercakap dengan pemberita. Contohnya seperti Lim Kit Siang, dia dengan bangganya mengatakan bahawa dia telah menulis dan berucap sebanyak 10 juta patah perkataan dalam kerjayanya sebagai ahli politik. Dan sekarang ini segala penulisan dan percakapannya telah menghantui dan memakan dirinya balik.

Kit Siang juga yang memberitahu Parlimen pada tahun 1994 bahawa Bank Negara telah kehilangan sebanyak RM31.5 bilion disebabkan berjudi di dalam pasaran ‘forex’. Disebabkan kehilangan duit sebanyak RM31.5 bilion itu, dia menyalahkan Tun Dr Mahathir Mohamad, Tun Daim Zainuddin dan juga Anwar Ibrahim. Malah, Kit Siang juga menuntut untuk Anwar melepaskan jawatannya kerana Anwar tidak layak untuk menjadi Menteri Kewangan.

Semenjak kejadian itu, Kit Siang bertahun-tahun ‘berzikir’ tentang isu kehilangan duit RM31.5 bilion. Sekarang ini, dia diam seolah-olah bisu kerana Mahathir, Daim dan juga Anwar merupakan ‘rakan’ kepada Pakatan Harapan. Kit Siang juga menyesal kerana dahulunya dia bertindak terlalu agresif pada isu tersebut sehingga menuntut agar RCI untuk menyiasat skandal tersebut agar penjenayah (Mahathir, Daim dan Anwar) di hukum kerana memperjudikan sebanyak RM31.5 bilion duit Bank Negara.

Inilah masalah yang dihadapi untuk mereka yang bercakap terlalu banyak dan yang selalu mengadakan sidang akhbar dan juga mengeluarkan kenyataan akhbar. Mereka kemudiannya terpaksa menelan kata dan perbuatan mereka sendiri. Dan bukan sekadar ahli politik sahaja, malah pegawai dari SPRM, PDRM dan lain-lain lagi terperangkap dengan sindrom “cakap terlalu banyak, buat sidang akhbar dan keluarkan kenyataan akhbar”.

Senang cerita, Rakyat Malaysia menghidapi masalah ‘mulut longkang’ dan tidak memahami maksud ‘Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya’.

Satu lagi contoh adalah senarai nama orang yang didakwa telah menerima duit dari 1MDB. Pada bulan Julai tahun lepas mereka mengumumkan bahawa sebanyak 408 orang/organisasi telah menerima lebih dari RM1 bilion dari 1MDB. Hari ini, mereka mengatakan hanya 41 orang/organisasi dan jumlahnya adalah RM270 juta. SPRM pula telah mengeluarkan notis perlucutkan hak kepada 41 nama atau organisasi ini.

Kemudian Menteri Kewangan Lim Guan Eng mengumumkan bahawa senarai mereka sebenarnya lebih dari 41 nama. SPRM kemudiannya mengumumkan bahawa apa yang di beritahu oleh Guan Eng adalah betul. Mereka akan mengeluarkan notis perlucutan hak kepada yang lain kelak. Bermaksud baki dari sebanyak 367 orang atau/organisasi ini.

Kenapa kelak? Kenapa tidak buat sekarang? Kenapa mula dengan 41 dulu dan 367 tu kemudian? Adakah 367 itu kesemuanya akan kena ataupun 100 sahaja dulu? Kalau 100 sahaja dulu, macam mana pula dengan baki 267 itu? Adakah mereka telah diampunkan?

Nampak tak? Apabila kita cakap terlalu banyak, kesemua perbuatan kita akan dipersoalkan. Yang pertama sekali, kenapa perlu ramai orang membuat pengumuman dan juga kenyataan akhbar? Buat sahaja lah kerja tanpa perlu mengadakan sidang media dan kenyataan akhbar yang banyak. Barulah akan nampak konsisten, tidak bercanggah dan tidak perlu buat U-turn.

Mustapa Mohamad adalah salah seorang daripada orang Umno yang didalam senarai 408 nama yang telah diampunkan

Sebenarnya, yang dikatakan 408 orang/organisasi menerima lebih dari RM1 bilion dari 1MDB tidak benar. Mereka ini menerima duit itu dari Umno. Tapi SPRM pula kata ianya adalah perkara yang sama, iaitu sekiranya mereka menerima duit dari Umno maksudnya mereka menerima duit dari 1MBD kerana duit Umno datangnya dari 1MDB.

Najib Tun Razak menafikannya dan berkata wang tersebut datangnya dari Kerajaan Saudi/keluarga diraja. Mahathir pula berkata bahawa orang Arab tidak ada yang bermurah hati sehinggakan hendak menderma sebanyak RM2.6 bilion kepada Najib atapun Umno. (Sebenarnya, menurut pada Amerika Syarikat, Saudi telah menyumbangkan sebanyak US$150 bilion kepada pelbagai pemimpin/negara semenjak beberapa dekad dahulu lagi).

Ramai pemimpin PPBM akan diheret, termasuk Muhyiddin dan Mukhriz, jika senarai penuh dari 408 nama yang melibatkan lebih dari RM1 bilion itu dikeluarkan

Walau bagaimanapun, dalam perbicaraan Najib terhadap SRC International, saksi-saksi telah mengesahkan bahawa duit itu sebenarnya datang dari Arab. Dan disebabkan oleh testimoni dari saksi yang berpihak kepada Najib, Peguam Negara, Tommy Thomas, telah meminta untuk perbicaraan kes Najib 1MDB ditangguhkan hingga ke Oktober. Nampaknya mereka perlu memikirkan sekali lagi terhadap kes ini.

Jadi, jika duit tersebut datang dari Umno dan jika duit Umno pula datangnya dari Arab, macam mana pula SPRM melucutkan hak sivil untuk 41 orang ini? Dan sekiranya duit itu adalah duit curi, kenapa mengenakan tindakan melucutkan hak sivil mereka bukanya kes jenayah? Dan juga, disebabkan perbicaraan kes 1MDB akan berada dalam empat bulan akan datang, macam mana pula mereka boleh mendakwa bahawa wang itu datang dari 1MDB sedangkan perbicaraan kes SRC mengatakan ianya datang dari Arab?

Yang penting sekali, dari 408 orang dari Umno dan Barisan Nasional itu, berapa ramai yang sudah berpaling tadah dan sekarang ini bersama Pakatan Harapan? Adakah disebabkan itu hanya 41 nama sahaja yang keluar bukannya 408? Dan ada dikalangan dari 367 nama itu telah pun diperas ugut, jadi itulah sebabnya mereka hanya mengejar 41 orang manakala 367 orang itu tidak disentuh.

 



Comments
Loading...