Video seks lelaki mirip menteri tersebar lagi
(Malaysia Gazette) – Dua minggu selepas tersebarnya tiga video lucah melibatkan Ketua Pemuda PKR Santubong, Haziq Abdullah Abdul Aziz dan lelaki yang didakwa Timbalan Presiden PKR, Datuk Mohamed Azmin Ali – malam tadi tular satu lagi video kesinambungan skandal berkenaan.
Sekali lagi para pengamal media dan wartawan dijadikan medium dalam aktiviti penyebaran video berkenaan.
Kumpulan WhatsApp itu kali ini dikendalikan oleh individu berbeza daripada sebelumnya dengan menggunakan nombor 011698609** dan hanya memberikan tanda ‘,’ sebagai nama kepada kumpulan berkenaan.
Kali ini video berkenaan dipaparkan terus ke dalam YouTube dan dapat ditonton secara umum.
Dalam pesanan itu, terdapat lima pautan melibatkan satu website lucah dan satu pautan ke YouTube.
Bagaimanapun, hanya pautan YouTube itu sahaja yang boleh diakses.
Video berdurasi tiga minit empat saat itu tidak memaparkan adegan terlampau dan hanya memaparkan adegan berpelukan sesama dua lelaki.
Sesekali wajah lelaki mirip seorang menteri itu terpapar kerana pantulan cahaya telefon bimbit miliknya yang digunakan.
Turut kelihatan individu yang mengaku dirinya Haziq dengan memegang tuala dan lengkap berseluar dipercayai baru selesai mandi.
Pada 12 Jun lalu, Haziq tampil mengaku dirinya merupakan salah seorang individu dalam klip video seks luar tabìe yang tular serta mendakwa individu bersamanya adalah Mohamed Azmin.
Haziq mendakwa klip video seks itu dirakam pada 11 Mei lalu iaitu pada hari Pilihan Raya Kecil Sandakan.
Mohamed Azmin menafikan dakwaan itu dan menyifatkan ia percubaan memusnahkan kerjaya politiknya.